Isnin, 2 Mei 2011

Syukur Kami KepadaMu, Ya Allah!



Majlis Konvokesyen Permata kali ke 4 telah berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Lundang Kota Bharu.
Perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Tema : AL-HUFFAZ MEMBINA KHAIRA UMMAH.


Seramai 180 graduan dari seluruh negeri di Malaysia telah berkumpul untuk menerima sijil tamat menghafaz 30 juzu' Al Quran serta diperakukan oleh mana-mana Madrasah Tahfiz Al Quran.




Terasa kerdilnya diri ini ketika berada bersama mereka.  Tersentuh hati dek pengorbanan, ketaatan, kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi dalam sanubari anak-anak ini.  
Dalam usaha melahirkan lebih ramai hafiz/hafizah, Pak Nidus turut berasa bangga ( bukan bangga diri ) apabila salah seorang daripada graduan ini adalah anak Pak Nidus.



Dialah satu-satunya pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Tumpat, Kelantan yang berjaya menamatkan 30 juzu' Al Quran dalam usia 15 tahun.  SYUKUR KAMI KEPADAMU YA ALLAH.




Semoga Majlis ini Mendatangkan Manfaat Kepada Semua Demi Syiar Islam Amnya dan Khususnya Mendaulatkan Golongan Huffaz Yang Semakin Menyerlah.










7 ulasan:

Jamal Ali berkata...

Tahniah Ayahanda Nidus, terasa kecil diri dibandingkan dengan mereka itu.

Semoga mereka menjadi wadah penyambug umat, Amin...

hani@debumelukut berkata...

Tahniah Tahniah Tahniah...sejuknya perut mak cu hok melahirkan dia..

atik berkata...

tahniah aidil... =)
tahniah jgk ayoh n ma...
nice n3...

Tanpa Nama berkata...

tahniahh!! bsar syafaat beliau di akhirat kelak

padlie berkata...

Tahniah Pak Nidus..
Seronok dengar cerita camni.. :)

Emat Azmi berkata...

Tahniah Pak Nidus ! Hebat sungguh Aidil nih ! Tabik spring !!!

nidus2 berkata...

Terima kasih semua, semoga Allah mempermudahkan segala urusan Aidil seterusnya.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template