Rabu, 28 April 2010

Saja-saja Nak Suka

TENGOK AJERLAH MANA-MANA YANG BOLEH.














































Anggaplah ini hiburan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang sudah pun pergi jauh. Matilah tu.







Selasa, 27 April 2010

Takziah

Kelmarin aku menziarah seorang sahabat yang ditimpa musibah. Dia kematian 2 anak dalam tempoh tak sampai dua minggu.
Seorang meninggal akibat denggi dan seorang lagi sebab kemalangan.
Kagum dan terharu dengan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Aku teringat kata-katanya sebelum bersalam pulang. Pesannya,
"3 perkara yang perlu ada pada seseorang itu,
PERTAMA, BILA KITA DIUJI DENGAN KESEDIHAN HENDAKLAH BERSABAR.
KEDUA, BILA KITA DIBERI OLEHNYA KESENANGAN HENDAKLAH BERSYUKUR &
KETIGA, BILA KITA MEMBUAT SESUATU KERJA LAKUKANLAH DENGAN IKHLAS."

Jadikanlan kata-katanya itu sebagai satu mutiara kata yang sangat berguna.

Takziah buat keluarga Cikgu Alias.

Isnin, 26 April 2010

Cemas Berlebihan

Mengikut kajian, daripada empat kejadian panik yang berlaku disekeliling kita, nisbahnya adalah 3 wanita berbanding lelaki.

Apa lagi kalau wanita itu bekerja. Panik adalah keadaan yang dialami pada setiap orang, kalau ianya datang hanya sekali itu adalah biasa tetapi jika cemas atau panik itu datang berulang dalam kekerapan yang tinggi sehingga mengganggu aktiviti harian, anda harus berwaspada dan seterusnya terjadi gangguan fizikal. Antara lain, mual, tubuh gemetar, pening kepala, konsentrasi dan daya penglihatan terjejas.

Bagaimana ini boleh terjadi, aku ada terbaca : seseorang mengalami kepanikan kerana dirinya mempersepsikan sesuatu secara berlebihan. “Padahal, pada kenyataannya, situasi yang dihadapi belum tentu seburuk yang ia yakini itu,”

Keperibadian seseorang juga turut menentukan muncul atau tidaknya rasa panik. Mereka yang sering berimajinasi berlebihan, berkeperibadian kurang baik atau berpendirian kaku, biasanya lebih terdedah diserang panik, begitu juga mereka yang selalu ingin mengawal terhadap sesuatu.

Selain itu, faktor-faktor dalaman seperti genetik dan kesihatan fizikal turut memain peranan. Mereka yang punya keturunan dalam keluarga yang memiliki situasi ini kemungkinan lebih besar mengalami serangan panik.

JANGAN MENUMPANG KALAU ISTERI ANDA MEMANDU DALAM KEADAAN PANIK BEGINI..

Selasa, 20 April 2010

Iklan Budak Terbang


Hai..akulah yang bernama TP. Kau orang mesti tak kenal aku. Aku dilahirkan 40 tahun yang lalu. Masa tu akulah yang tersohor diantara katun-katun di Malaysia. Tak percaya?

Kau lihatlah badanku yang sasa ini..kau tengok apa yang aku bawa bersamaku. Dan...

Aku boleh terbang. Tentulah jeles kawan-kawanku melihat kehebatan aku ini. Aku tak kan lepas 'teko'ku walau kemana aku pergi. OKlah aku pergi dulu.

Bye kawan-kawan, lain kali aku cerita lagi siapa diriku ini. Bye

Isnin, 19 April 2010

Gigantor

Pernah tengok ke watak ini?


Inilah Gigantor.

Watak yang wujud di kaca TV era 60an dulu. Masa kecik-kecik dulu kalu terlepas tengok siaran ni rasa nak menangis. Apa tidaknya, waktu siaran dah lah petang. Waktu tu pukul 6.30 dah masuk waktu maghrib..tengok rumah orang pulak. Masa tu TV di kampung tak ramai yang ada, kalu tuan rumah tak buka terlepaslah jawabnya.

Ini gaya GIGANTOR yang hebat itu......tak sedar pun umur dah separuh abad...bla..bla..bla....


Ahad, 18 April 2010

Toyota Land Cruiser


Iklan tahun 80an ini ala-ala Camel Trophy juga, mat-mat lori balak aku rasa lebih suka iklan semacam ini kerana ia ada kaitan dengan kerja-kerja pembalakan dan aktiviti lasak4WD.



Kita yang tidak mampu memiliki ni, hanya sekadar lihat ajerlah biarpun sampai melilih air liur. Kadang-kadang terfikir juga, hobi yang macam ni tak sayangkan harta ke? " Itu hobi orang kaya..orang banyak wang bukan macam kau @^%#*"...ye..yee..yeeee.



Yang Minah sekor ni kenapa pulak?

Sabtu, 17 April 2010

Tajaan Camel Trophy

n3 ini ditaja oleh:




Sekali-sekala tengok iklan lama-lama ni boleh juga menggamit kenangan lalu. Iklan ni biasa keluar dalam TV sekitar tahun 80an, boleh dikatakan anak-anak muda ketika itu punyalah terpengaruhnya sehinggakan dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya jenama Camel. Yang di sebelah dalam pun jenama tu jugak. Alahai apa boleh buat. Disudut yang lain pula terdapat pakej-pakej ekspedisi atau rekreasi yang menjanjikan pengalaman yang seakan sama dengan iklan Camel tersebut. Sehingga sekarang pun jenama Camel ni masih popular dan ada classnya.

Aku masih ingat pada tahun 70an, iklan Camel ni lain sikit. Videonya aku tak dapat cari tapi aku ingat iklan tersebut betul-betul mengiklankan jenama rokoknya yang terkenal dengan kata-kata
" Aku sanggup berjalan berbatu-batu kerana Camel".




Ini binatang apa pulak?

Selasa, 6 April 2010

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Cuti hari Keputeraan Al Sultan Kelantan... aku, makcu dan Si Bongsu ke Batam, Indo. Adalah dua tiga barang dibeli. Tak lupa untuk dua anak bujang kami di Perak dan di Perlis. Kedua-duanya nak jadi artis walaupun makcuku pernah bilang "pantang datuk nenek aku! " Tapi budak-budak sekarang bolos juga. Harap-harap ada batasan.

Untuk kau orang berdua, ma belikan baju ala-ala artis. Fuyoo!!! Yang Mana Satu Idaman Kalbu.






 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template