Isnin, 26 April 2010

Cemas Berlebihan

Mengikut kajian, daripada empat kejadian panik yang berlaku disekeliling kita, nisbahnya adalah 3 wanita berbanding lelaki.

Apa lagi kalau wanita itu bekerja. Panik adalah keadaan yang dialami pada setiap orang, kalau ianya datang hanya sekali itu adalah biasa tetapi jika cemas atau panik itu datang berulang dalam kekerapan yang tinggi sehingga mengganggu aktiviti harian, anda harus berwaspada dan seterusnya terjadi gangguan fizikal. Antara lain, mual, tubuh gemetar, pening kepala, konsentrasi dan daya penglihatan terjejas.

Bagaimana ini boleh terjadi, aku ada terbaca : seseorang mengalami kepanikan kerana dirinya mempersepsikan sesuatu secara berlebihan. “Padahal, pada kenyataannya, situasi yang dihadapi belum tentu seburuk yang ia yakini itu,”

Keperibadian seseorang juga turut menentukan muncul atau tidaknya rasa panik. Mereka yang sering berimajinasi berlebihan, berkeperibadian kurang baik atau berpendirian kaku, biasanya lebih terdedah diserang panik, begitu juga mereka yang selalu ingin mengawal terhadap sesuatu.

Selain itu, faktor-faktor dalaman seperti genetik dan kesihatan fizikal turut memain peranan. Mereka yang punya keturunan dalam keluarga yang memiliki situasi ini kemungkinan lebih besar mengalami serangan panik.

JANGAN MENUMPANG KALAU ISTERI ANDA MEMANDU DALAM KEADAAN PANIK BEGINI..

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template