Jumaat, 14 Mei 2010

Cerita Lama



Sedikit info yang setakat aku dapat bagitahu, itupun google dulu baru dapat.
Dari kiri, Syed Hassan (gemullah) pemain bass .Dalam reunion di Stadium Merdeka 1996, Ramli Sarip memanggilnya " dari Afghanistan, Syed Hassan". Men-introduce anggota lain menyertai SC seperti Wan Ahmad ( tiada dalam gambar) selaku pemain lead guitar kedua.

Ramli Sarip, vokal...melalui album pertama 'teratai' jualan mencecah 50,000 tidak termasuk cetak rompak. Album kedua 'Pelarian' memuatkan lagu hit Kamelia sebuah lagu ciplak Ebiet G. Adi, Musibah, Zakiah dan banyak lagi. Selepas album 'Berita Gempa', Ramli menyanyi solo dengan lagu jikalau berkasih dan seterusnya menjadi komposer kepada beberapa artis seperti Ella, Khaty, Lefthended dan Lovehunter. Ramli sendiri meminati penyanyi rock David Gilmour dari Pink Floyd.

Rosli Mohalim lahir september 1954 adalah pemain lead gitar dan menyertai SC semenjak 1977 bermula dengan bermain bass. Pernah mengiringi Othman Hamzah untuk lagu Gadis Melayu. Beliau merupakan graduate dari Universiti Nanyang Singapura dalam jurusan seni iaitu Universiti yang sama dengan M.Nasir dan S. Amin Shahab. Selepas SC berpecah beliau menubuhkan kumpulan Reeha sehingga 2007. Menyertai reunion 1995 di Singapura dan 1996 di Stadium Merdeka.

Masrom Abd Hamid atau panggilan Yong, joint SC untuk album 'pelarian'1980. Sekali lagi joint SC menggantikan Ahmad Jaafar yang bertugas di Brunai sebagai pemain Keyboard. Meninggalkan SC tahun 1983 bila AJ kembali dari Brunai untuk mengeluarkan album 'Batu'.

Rahman Sarbani, anggota paling tua ketika itu . Lahir 1953. Bersama Ramli sarip menubuhkan Fungky Jewel tahun 1969 dan kemudian menubuhkan SC. Sebagai pemain drum beliau banyak dipengaruhi oleh John Bonham dari Led Zeppelin dan Ian Paice dari Deep Purple,

Tiada dalam gambar, Wan Ahmad selaku pemain kedua lead guitar yang menyertai SC pada tahun 1982.
Ahmad Jaafar (AJ) bersama SC semenjak 1977-1979 sebagai pemain Keyboard dan vokal kedua. Lagu hit beliau 'bagaikan bermimpi' dan 'terharu'.

Konsert pertama Sweet Charity di Kota Bharu pada tahun 1985. Ketika tu Kelantan masih membenarkan Kumpulan Rock mengadakan persembahan. Banyak juga kumpulan -kumpulan lain dan penyanyi solo ke sini. Battle of the Band juga pernah di adakan di sini.
Aku suka dengan kumpulan ini bukan apa, pertama kerana ia merupakan kumpulan rock melayu yang ada klas. Kedua, pemain lead Rosli Mahalim dia punya skill, alamak terangkat!. Ketiga, dia punya rock sesuai dengan citarasa melayu....lagi...dan banyak lagi.
Kemudian itu barulah muncul kumpulan-kumpulan rock lain macam cendawan.

Pada konsert tersebut aku masih ingat kata-kata Papa Rock Ramli Sarip. "Rock memberi kita kesihatan mental dan fizikal", betul ke? dan katanya lagi "Gua hari ni suara ada lari sikit, tadi gua pergi Rantau Panjang makan buah pauh siam (mangga) banyak sangat".

Lagu pilihan aku 'Hilang Gelap Timbul Terang'.
Lagu ini tidak sepopular 'Kamelia', 'Jangan Tunggu Lama-lama', Sejuta Wajah dan yang lain-lain yang selalu kita dengar. Bagiku lagu ini menampakkan kehebatan dari segi vokal dan susunan muzik yang baik, tidak salah aku letakkan sebaris dengan kumpulan dari Barat (bagi naik sikit kita punya muzik).

Mp3 tak dapat google, jadi embed dari youtube. Audio asal lagi best.

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template