Ahad, 14 November 2010

Zuraida

Penyanyi: Azman Idris
Tajuk Lirik Lagu: Zuraida

Angin berhembus hujan gerimis
Kali pertma kita bersua
Mata bertentang hati berkata
Senyum diukir tanda mesra

( korus )
Ku renung wajahmu
Kau kerling malu
Zuraida namamu
Zuraida duniaku

Lemah dan lembut sopan berbudi
Wajah berseri manis sekali
Zuraida dewi bunga hati
Hari berganti bulan berlalu
Mesra dihati beralih rindu
Duhai Zuraida

Kini bertemu hati yang rindu
Sama membina istana bahagia

Zuraida 5x







Kenapa tajuk Zuraida jadi n3 kali ni...

Begini..
Bagi generasi baru memanglah lagu ini mereka tak pernah dengar, apalagi nama penyanyinya Azman Idris yang popular dalam tahun 70an dan awal 80an dulu. Ketika tu Pak Nidus dalam Tingkatan 6 tahun 1979. Feeling terus dengar lagu ni. Ibarat semua gadis yang cantik semuanya bernama Zuraida.

Ada juga yang kata lagu ini dinyanyikan oleh Othman Hamzah yang popular dengan lagu Gadis Melayu dan juga Musliha. Apa kaitan antara lagu-lagu ni.....

Kelmarin ada jamuan makan tengahari di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang ditaja sepenuhnya oleh PIBG Maktab. Tetamu VIP terdiri dari YDP PIBG dan Timbalan, YDP Ismailian, Pegawai PPD dan juga AJK PIBG seterusnya terdiri dari staf Maktab dan pelajar2 dari Kelab Muzik Maktab.
Sebahagian hadirin di majlis tersebut

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan dari Kelab Muzik SIC dan nyanyian dari tetamu yang dipilih secara 'paksa rela'. Nak jadikan cerita Pak Nidus adalah salah seorang yang 'mensumbangkan' lagu dalam majlis tersebut. Jadi lagu Zuraida lah yang didendangkan...pitching entah kemana, lirik ingat tak ingat...hentam saja.
Ada antara rakan yang kata ini lagu apa, tak pernah dengar pun...ada yang kata lagu cipta sendiri...yang teruk lagi kata lagu ini sengaja diubah kepada nama Zuraida mentang-mentanglah dalam majlis tersebut ada orang yang bernama Zuraidah.

Hah sekarang dengarlah sendiri lagu dan penyanyi asalnya. Sedapkan.

Terima kasih kepada Dato' Sri dan YB ahli DUN Nenggiri yang turut menyerikan majlis dengan masing-masing menyumbang sebuah lagu.









YB mendendangkan lagu 'Semut Merah'....boleh tahan Dato'.





Sebuah lagu yang dipopularkan oleh Carefree menjadi pilihan Dato' Sri...Rindu Bayangan. Hebat.




Musliha - Othman Hamzah

Jumaat, 12 November 2010

Jawatan Kosong 'Pencuci Tahi'

Seram jer bunyi tajuk n3 Pak Nidus kali ini.

Kita semua pun tahu tak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban.
Suatu pagi..........


itu dia, lelaki paling macho! lihat la pisau sembelih & ksn darah d baju beliau..pergh!


Sejak dari dulu lagi mungkin dah 20 tahun itulah selalunya kerja yang diberikan kepada Pak Nidus setiap kali qurban. Daripada membiarkan perut lembu begitu saja, takut2 terus ditinggalkan dan membazir (berdosa?) walau pun terpaksa....dibuat juga.

Apalah yang ada dalam perut si lembu tu.
Kalau perut manusia tahulah kan...macam-macam kita makan. Makan nasi, makan mee, makan itu, makan ini, makan rasuah (???)...itulah sebabnya tahi manusia bau busuk...maaf yer.

Dalam perut lembu tu hanya mengandungi tahi hasil penghadaman rumput sahaja. Ia tak makan benda lain apa lagi rasuah, kacang brandy dan benda-benda haram tu.

Berbalik cerita tadi, tahun ni pembantu Pak Nidus (anak ke 2)tak dapat balik kerana ada exam sebelum dan selepas raya. Jadi susahlah sikit nak membersihkan perut lembu tu kalau sorang dua...mana nak belah perut, mana nak pegang, mana nak siram air dan sebagainya.

cinta si penggali kubor..


Cerita tahi lembu :
Baunya macam lembu...bagaimana bau lembu begitulah bau tahinya. Tak percaya boleh cuba nanti. Bentuk fizikalnya tidak meloyakan....rasa nak makan ...weeeek.
Tanpa glove pun tergamak dipegang. Ingat!!! tahi lembu boleh dibuat baja organik...satu bidang bisnes dalam perancangan bila pencen nanti.



aku & ayoh mmg suke maen taik...taik pun suke sama kami...slurrpy~


Opp...sampai di sini saja dulu, cerita selebihnya selepas raya nanti.

Apa2 pun Pak Nidus harap anak pertama dapat mengisi kekosongan jawatan ini.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template