Khamis, 16 Jun 2011

Bil oh bil



Bagi setengah orang jumlah ini begitu kecil bagi mereka.  Tapi bagi aku yang kerja kais pagi, kais tengahari untuk makan sebulan ni memang besar jumlahnya.

Aku belajar setakat SPM jer...teori-teori Ekonomi ni aku tak pandai.  Apa alasan atau rasionalnya tarif elektrik dinaikkan aku tak tahu.  Yang aku tahu sampai masa due kena bayar, kalau tidak kena potong.

Dulu setiap penggunaan 200KWJ pertama cuma 0.218 seunit
Kemudian penggunaan yang melebihi 400 unit kena bayar 0.286 seunit
Tarif baru aku pun tak reti nak kira sebab banyak sangat sen per unit hinggakan 0.416 seunit

Yang aku tahu perbezaan dari penggunaan biasa melebihi RM 40.00

Barang lain yang telah naik dah tak terhitung tambah lagi bayaran elektrik dan sehari dua lagi mungkin ada barang lain yang akan naik lagi.

".....Alah Pak Nidus ni...negara lain lagi teruk, bersyukurlah hidup di Malaysia ni, negara makmur, aman dan ....."
"Ya..ya..ya... betul...betul...betul."

9 ulasan:

jeBateja berkata...

Ahakz...nak kena try tukau kerajaan kot....ahakz

Unknown berkata...

SALAM,
UTK LF PUN, JUMLAH TU BANYAK ! KITA KENA LAGI BERJIMAT NAMPAKNYA !

Kakcik Seroja berkata...

Bagi kakcik, jumlah itu memang banyak.

Tapi, kita masih mampu berbanding rakyat negara lain, kannnnnnnnn!!

nidus2 berkata...

Jebat,
Berani kau ye.....

Dato' LF,
Nak berjimat macamana lagi kalau semuanya naik...

Kakcik,
Kan...kan...kannnn.
Dalam maksud tuu.

Emat Azmi berkata...

rumah saya RM200++ ke atas pak nidus . Pelik juge !

Hairil Rizal berkata...

Pak Nidus, rumah ada aircond ye?


Rumah saya bil letrik tak lebih RM30 sebulan...jadi tak terjejas dgn kenaikan tarif letrik baru baru ni.


Kena try jimat jimatkan mana yg boleh lah nampaknya Pak Nidus. Tak mau try solar power?

nidus2 berkata...

Emat,
Abah Emat orang TNB taapalah...bil mahal pun mampu bayar.

Hairil,
Idea Hairil selalunya menjadi....boleh cuba tu.

jeBateja berkata...

PAK NIDUS - ha...ha...hari2 saya berdoa pak nidus...nak tukau tu bukan tak sayang.....nak kasi refresh pak nidus....ahakz...pc kalau lama2 pun..sesekali nak kena refresh...nanti lombab....ahakz....den bukan maw berpolitik...maaf...ahakz

nidus2 berkata...

Jebat,
Aku dah lama tukau kerajaan kat sini, cuma kat sana je belum....
Berpolitik wajib tau.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template