Ahad, 17 April 2011

Asthalin HFA Inhaler

Hari ni MC....kurang sihat tahap tinggi.
Masih mampu bawa kereta ke klinik.
Tapi klinik kerajaan, nak jimatkan kos.
Klinik taraf pusat kesihatan kecil.
Jimatlah 2-3 hari buat beli nasi berlauk pagi.

Sampai pukul 8.00 pagi rupa-rupanya orang dah ramai.
Kerana penyakitku ini agak serius, dapatlah jumpa HA dulu.
Adusss, kenapa jadi begini.....


Mengikut adatnya, anak-anak yang kena penyakit ni kerana mereka pangkat cucu.
Aku sepatutnya tidak kena..his tak percayalah.
Terpaksa menghadap teropong bagi senang nak bernafas.
5 minit selesai dan selesa.
Pegawai bertugas suruh pula jumpa  Dr bertugas untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ambil ubat dan surat cuti.

Tunggu sampai 3 jam baru dapat jumpa Dr.
maklumlah ramai sangat...sabar je lah.
Kalau klinik swasta gerenti cepat walau pun orang ramai.

Tapi aku puas hati kerana Dr. memeriksa dengan teliti.
Kalau Dr. swasta kerana nak mengejar bilangan pelanggan hanya sekadar tanya penyakit dan bagi ubat.
Terima kasih tuan Dr. atas keperihatinanmu itu.



Banyaknya ubat......


Eh...apa ni Pak Nidus?
Inilah penyakit baru aku.....sepatutnya ini tak terjadi tetapi Dr. yang mengesahkan aku terpaksa pakai benda ni ( memang pun patut,  umur dah melebihi separuh abad ).  Percayalah dalam hidup ini hanya beberapa kali je aku mengidapnya. 

Kata pegawai farmasi yang menunjuk cara penggunaannya kerana ini kali pertama aku dapat."...En. Nidus pakailah bila perlu, lepas tu simpan je lah kalau tak mahu pakai, tapi ingat benda ni boleh membantu En. daripada terus  kojol..."hee3.  Terima kasih semua. 



4 ulasan:

eelobor berkata...

hehehe, baik sungguh nasihat pegawai farmasi itu. huhuhuhu, rindunya gambar pantai sabak dulu2. kalau ada gambar tahun 80-an lagi cantik. kongsi2 yer.....

Hairil Rizal berkata...

Semoga Pak Nidus cepat sembuh ya!

Kalo ada pertanyaan ttg penggunaan inhaler tu, Pak Nidus boleh tanya saya...sbb saya dah guna ubat tu sejak 24 tahun lps...

nidus2 berkata...

eelobor,
Selamat berkenalan...tentang gambar lama, itu je yang ada.

Hairil,
hee3...tak sangka orang yang hensem macam Halim pakai benda tu.
terima kasih...tentang tribunal dulu pun tak terbalas.

Abdul berkata...

guano penyakit saya zmn kecik2 dulu buleh ko ayoh pulok ni?? musykil2

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template