Khamis, 7 April 2011

Cynometra Cauliflora




Cynometra Cauliflora

Itu nama saintifik....kalau di kampung aku  orang panggil buah katak puru.
Buah katak puru merupakan sejenis buah dari spesis pokok herba,  kata orang boleh buat ubat darah tinggi. .Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan dengan  rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Pak Nidus memang tak berminat  dengan buah asam macam ni...hee, tak boleh langsung nak letak dalam mulut.  Mungkin kerana itu anak-anak Pak Nidus semuanya lelaki.  Habis kenapa ditanam? Orang tua-tua cakap sebagai tanda kita menduduki sesebuah rumah, tanamlah apa-apa pokok samada kelapa, durian dan sebagainya. Pokok ini emak  yang tolong tanamkan.

Umur pokok ni dah hampir 13 tahun


Sekali pandang memang macam si katak puru...dua kali pandang macam karipap pun ada.
bagi yang berminat rupa tak jadi masalah, rasanya yang masam-masam kelat campur sedikit manis itu yang penting. 
Di tempat lain orang panggil apa ye?


Lompat si katak lompat.................







9 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Uih, tak pernah jumpa la Pak Nidus...

jeBateja berkata...

tak pernah nampak lah pokok ni pak nidus....baru jer kenal ni...ahakz

Mimie.Candy Cane berkata...

kat belakang rumah sy ada lagi pokok ni..dari saya kecik lagi..x menopos pun lagi

nidus2 berkata...

Hairil & Jebat,

Kalau macam ni Pak Nidus kena buat n3 berkaitan dengan pokok buahan tempatan yang hampir pupus untuk generasu muda macam kamu ni.

Mimie CC,
Alahai...pokok pun datang period juga ye.

marinahunny berkata...

eh sedap buah ni pak nidus. tp malangnya dh hampir pupus. kwn2 saya ramai yg xtau buah ni. kat rmh ada juga tp buah dok tubit2..

Jamal Ali berkata...

Di kawasan saya buah ini panggil buah Nam-Nam (di Tanjung Keramat, daerah Hilir Perak)

Saya suka makan buah ini, terutamanya yang masak, mesti berebut dengan adik-adik. Tapi sekarang pokok dan buah ini susah hendak ketemu, banyak orang sudah tebang pokoknya, sungguh malang.

p/s: Saya takkan lupa rasanya yang masam-masam manis itu, kegemaran saya buah ini. =)

nidus2 berkata...

Marina,

Bak po tok tubitnyo, ko dok kutir dio...Nak makan datanglah kat rumah Pak Nidus ye.

nidus2 berkata...

Salam anakanda Zul,

Nanti ayahanda perkenalkan buah yang lain pula, mungkin ia sudah pupus sekarang.

miss nina berkata...

Pak nidus,
sama seperti Jamal, saya di utara pun panggil buah nam-nam

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template