Isnin, 31 Januari 2011

Marah ni...

Kalau nak ikutkan hati yang panas ni, rasanya nak aku pijak-pijak sampai hancur. Belum cukup satu purnama kau dah buat onar. Hee geramnya, ni betul-betul marah ni. Selama ini pun aku cuma buat-buat sabar, tapi dalam hati ini tiap kali aku tengok muka kau rasa nak terajang. Berapa banyak duit dah aku belanja untuk kau, begitu juga masa aku korbankan semata-mata nak mengembirakan semua orang. Ke hulu ke hilir, tapi tak ada penyelesaian. 

 Aku malu…malu, malu pada semua orang lebih-lebih lagi Makcu B.

Aku nak pesan pada adik kakak semua, buatlah keputusan yang bijak jangan jadi macam Pak Nidus ni. Ketahuilah hak kita sebagai pengguna. Pak Nidus merayu kepada mereka di luar sana yang tahu cara nak menyelesaikan masalah ini bolehlah kita kongsi bersama.

Beli TV tak sampai 2 minggu dah rosak. Buat aduan kat Kedai yang kita beli tu, Sen Heng KB Mall. Tunggu sehingga masuk minggu ke 3 taada respon. Buat report kat Sen Heng KL, lepas seminggu…senyap, minggu ke 2 baru ejen TV datang tengok. Katanya ‘Cut Off’ rosak kena order. Sekarang masuk minggu ke 2 taada apa tindakan pun.

Tadi telefon ejen kat KB, dia kata akan call balik….habuk pun tarak…puihhh.

Kau tengoklah sendiri apa jenama aku tak nak baca kat sini, nanti dia orang saman aku….takut juga aku. Baiklah TV SONY tu (mana tahu Sony bagi offer TV baru) dah masuk 10 tahun masih steady.


Hidup SONY.

15 ulasan:

Cikgu Nurin berkata...

he he..sabo sabo....

suri solehah berkata...

salam..emm memang kita masih kurang pentingkan/amik berat hak kita sebagai penggunakan..

A.s.t.i.n.a berkata...

begitulah peniaga.. kengkadang hanya pentingkan keuntungan semata2...

marinahunny berkata...

brand dh bagus tp xdek kualiti plak..hehehe biasanya kalu nk beli brg letrik kami mmg utamakan panasonic. dh jadi mcm ni kena usha brand lain plak le. sabar ye pak nidus. dia suh pakai tv lama la tu ;)

Tanpa Nama berkata...

salam pak nidus

tu la yang tak suke tu.. kalo dapat barang2 yg baru tapi tahap nya macam '2nd hand'...

kita pon pakai tv SONY gak... wlpn cum 21 inci, 11 tahun tapi gmbr msh ok dan cantik ~

ikan emas berkata...

sabar sabar sabar...

campak kan kat depan kedai tuuu

nidus2 berkata...

Terima kasihlah wahai sahabat semua :
Cikgu Nurin, Suri Solehah, Astina, Marina, Manje dan IE yang telah menyejukkan hati Pak Nidus.
Tapi kalau lepas raya ni tak datang jugak...huh. Pak Nidus nak beli yang baru lagi besar, baru padan dengan muka dia..?????

Cikgu Nurin berkata...

da pollow pak nidus jugak...rajin rajin la jenguk umah kita ye....

Sally berkata...

Innalillah..siapa sangka nak terima nsaib malang mcm tu kan..sabar je lah..masih dlm warranty kan..

Hairil Rizal berkata...

Pak Nidus, patutnya diorang beri set baru terus pada Pak Nidus..bukan berdolak dalik nak repair itu ini.

Saya pernah kena situasi sama masa beli DVD player utk kereta.

Saya bawa kes tu ke Tribunal Pengguna. Tak smpai seminggu dia beri terus new unit tanpa soal. Tahan smpai skrg.

Pak Nidus try Google Tribunal Pengguna. Yuran cuma RM5 (dulu free).

nidus2 berkata...

Terima kasih Cikgu Nurin kerana folo balik.

Sally, sedih rasanya hati ini bagai dilenyek2....waaaa.

nidus2 berkata...

Hairil,
Terima kasih atas maklumat yang amat berguna.
Pak Nidus dah google dan akan bertindak segera.

Terima kasih.

Emat Azmi berkata...

kenapa pak nidus tak beli yang Sony jugak? Sony memang hebat!

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan pepatah alah membeli menang memakai.

Perjuangkan hak kita sebagai pengguna.

My Special Mall berkata...

kena garang2 skit pertahankan hak dan mendapatkan hak :)

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template