Khamis, 6 Januari 2011

Mesej Tahun Baru


Malas betullah nak update entry ..Mungkin tahun 2011 ni membawa mesej tertentu.

Apa yang dapat dirasakan, tenaga semakin kurang, umur Pak Nidus pun semakin meningkat.

Teringat satu mesej yang dihantar oleh seorang sahabat sempena tahun baru..

Membaca semakin jauh..

Dulu pakai minyak wangi, sekarang gosok minyak angin.

Dulu 12 kali sebulan, sekarang 12 bulan sekali..

Dulu suka makan angin, sekarang banyak buang angin..

Dulu darah muda, sekarang darah tinggi..


Biarpun sudah terlambat, Pak Nidus mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.

9 ulasan:

Ibnu Jamaluddin berkata...

Selamat Tahun Baru juga untuk Ayahanda Nidus dan sekeluarga!

Moga kedatangan tahun yang baru maka amal pun bertambah baru... ^_^

p/s: Anakanda sudah pulang kembali ke UTP untuk berprogram hingga buka semester akan datang... ^_^

cheqna berkata...

assalamualaikum pak nidus
selamat tahun baru
semoga semuanya kan baik2 saja ye =)

luahfikiran berkata...

SALAM PAK NIDUS,
PERINGKAT USIA KITA NI, YANG TINGGAL MANIS HANYA SATU ! KENCING MANIS ! APAPUN, SEMOGA KITA DAPAT MENGISI RUANG MASA YANG MASIH BERBAKI DAN TINGGAL NYAWA2 IKAN INI UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA NYA.

kakcik berkata...

Semoga kita masih diberi peluang untuk bernafas dengan tenang. :)

nidus2 berkata...

Anakanda Zul,
Terima kasih kerana masih lagi ingatkan ayahanda di sini. Insyaallah tahun ini lebih baik dari tahun sudah.

p/s: anakanda Azri masih bercuti lagi..

Waalaikumussalam Cheqna,
Semuanya Ok kecuali cuaca je yang tak henti2 hujan ...nak boh bekali.

Salam Dato',
Sama2lah kita ingat mengingati...Alhamdulillah setakat ini usaha ke arah itu dipermudahkanNya.

Salam Kakcik,
Kesihatan setakat ini OK...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.

al-lavendari berkata...

tak faham .. apa yang 12 bulan sekali tu .. gunting rambut ke ?

terima kasih kerana sudi follow blog saya.

nidus2 berkata...

Salam Tuan Haji,
Ayat asalnya 7 kali seminggu...haa3.

Kedua2 blog Tn. Hj. saya follow.

sally berkata...

Pak Nidus..

ape yg 12 kali sebulan tu? Khatam al-Quran ke..ermmmm?

Emat Azmi berkata...

Selamat Tahun Baru 2011 Pak Nidus! Semoga sihat sokmo!

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template