Ahad, 9 Januari 2011

Buta Ayam

Sepanjang minggu lepas, tanpa perasan Pak Nidus pakai baju yang warnanya seakan-akan sama. Jadi ada seorang kawan tegur tentang warna kegemaran Pak Nidus. “ Biru” . Dia tersenyum, apa yang tersirat dan apa yang tersurat tak tahulah. Dia bertanya lagi, lain-lain warna selain biru…..kelabu, hitam dan putih. Dia tersenyum lagi.

Sambil menunjukkan satu warna pada sekeping kertas dia bertanya sambil menyoal. Apa warna ni? Sambil tersenyum Pak Nidus jawab “biru”. Kali ini dia tidak tersenyum tapi ketawa .

"Sahlah kamu ini seorang yang buta warna....". Betul, tapi kenapa kau ketawa? Ini bukan birulah , ini warna purple. Heee3.

Betullah bagi seorang yang buta warna atau rabun warna, warna kegemaran dia ialah biru, kelabu, hitam dan putih.

Warna kompius ialah warna merah dengan hitam, kuning dengan hijau, biru dengan purple dan banyak lagi yang kadang-kadang membuat orang ketawa.

Orang tua kata penyakit ini dipanggil buta ayam. Masa kecil dulu bila penyakit ini datang, pada malam hari dunia jadi terbalik atas ke bawah. Sebab itu kalau nak tangkap ayam lakukan di waktu malam. Dah tua begini taada lah. OK dah.

Masa umur belasan dulu pernah minta masuk EME school di PD. Oleh kerana masalah ini cita-cita menjadi jurutera askar tak menjadi. Mungkin kalau berjaya Pak Nidus dah jadi pegawai besar dalam tentera.

Masih ingat lagi bentuk soalan yang ditanya…..

Apa nombor color dalam punye? Tanya seorang pegawai India.

( jawapannya tak boleh beritahu…malu )

4 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
BUTA WARNA TAK MENGAPA ! JANGAN BUTA HATI !

Jamal Ali berkata...

[luahfikiran] betul, betul, betul...

Emat Azmi berkata...

Pak nidus sama sahaja dengan abah saya Azmi Mamat. Sama dari segi BUTA WARNA! kih3.. kalau hijau dia nampak kelabu. pening2..

Hairil Rizal berkata...

Hampir sama dgn adik ipar saya...boleh masuk Debat Perdana hanya kerana berhujah ttg warna dgn dia. Hehe!

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template