Rabu, 10 November 2010

Terima kasih Cikgu

Buka saja pintu rumah, Yeh muncul dengan mata bercahaya, Dia bagitau " Yeh dapat nombor 3". Gembiranya dia!!!

Samalah dengan Pak Nidus masa darjah 2 dulu, haa...haa...haa.


Dia pun mintak itu.... mintak ini....Insyaallah, tapi paling utama terima kasih kepada guru2 yang mengajar Yeh.

Terima kasih Cikgu.

Dialog si Bongsu

Inilah si bongsu Pak Nidus.

Nama penuhnya Muhamad Arif Syahmi. Di rumah kita panggil dia 'Yeh'. Sebenarnya nama ini kurang sedap didengar tetapi dah menjadi kebiasaan. Namun begitu neneknya memanggil dengan nama 'Rif '.

Kelmarin Pak Nidus terpaksa mengambilnya di sekolah kerana Makcu ada kerja luar. Dalam perjalanan pulang adalah beberapa soalan diajukan kepada Yeh.

" Yeh dapat nombor berapa dalam peperiksaan akhir tahun baru ni?'' Dia jawab tak tahu lagi.

" Berapa subjek Yeh dapat gred A?" Dia kata setakat ni dapat 4A, satu subjek belum tahu lagi.

OK lah tu, baru tahun 2, lambat lagi nak ambik UPSR.

Sebelum sampai di rumah ada satu soalan cepumas;

" Yeh tak malukah ayah datang ambik ni?"

" Nak malu gapo?"

" Ayah tengok bapa orang lain muda-muda belako tapi ayah Yeh dah
tua"

Jawabnya ringkas,

"Ayah tua pun masih smart lagi"

?????? Terima kasih Yeh.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template