Isnin, 25 Januari 2010

Zindegi

Era filem lagu-lagu Hindustan bermula pada zaman filem tersebut dalam warna hitam putih kemudian kepada eastmancolor dan seterusnya berkembang mengikut teknologi dari semasa ke semasa. Aku tidak terlepas dalam mengalami suasana bollywood yang sesungguh bintang-bintang idola seperti Rajesh Khana, Dharmendra, Sashi Kapoor dan macam-macam Kapoor lagi menjadi ikutan dimana-mana baik dalam berpakaian, gaya & lagu.
Panggung Rani adalah panggung pertama aku masuk menonton bersama saudaraku yang lebih tua.

Ketika itu filem 'Dosti' masih dalam hitam putih lagi. Inilah lagu yang paling aku minati hingga ke hari ini.

Selepas filem ni aku tak pernah lagi menonton filem Hindustan di sini. Filem Kung Fu pulak mengambil tempat. Untuk menonton filem Hindustan seterusnya, panggung Lido menjadi pilihan. Antara filem-filem box office, seperti Bobby, Yaadoon ki baarat, aagele la geja dan macam-macam lagi.




Pada era 70an, Lagu-lagu melayu masih belum banyak lagi, dengan kebajiran filem-filem Hindustani ini juga banyak melahirkan penyanyi-penyanyi Malaysia ala Hindustan
dan turut mempopularkan lagu-lagu lama seperti lagu dari filem seperti An Evening In Paris, Sanggam, Love In Tokyo dan sebagainya.


Filem Bobby saja tengok 4, 5 kali. Tiket 65 sen duduk depan sekali. Sakit tekok.
Ketika ini jugalah lagu-lagu saduran oleh M. Shariff, Hussein Merican, Ahmadi Hassan, DJ Dave dan lain-lain berkumandang diradio.



Lagu M. Shariff ini disadurkan dari filem 'An Evening In Paris. Versi Hindustan begini;



Sanggam juga merupakan sebuah filem box office, masa tayangan cukup panjang hingga 2 jam setengah. Ada masa rehat pula tu.
Yeh Mera Prem Patra bagiku adalahsebuah lagu yang mempunyai unsur spiritual. Dengar aje lah Abang Kassim, taada ape-ape.



Sex symbol pada ketika ialah Zeenat Aman. Salah satu filem yang dilakonnya ialah dalam filem Yaadoon ki baarat, banyak kali juga aku tengok cerita ni. Bukan nak tengok cerita tapi nak dengar lagunya. Klip video yang ada Zeenat lagu o mere soni tapi aku rasa lagu ni best...meleleh, maklumlah dipertemukan 3 beradik dalam satu majlis, biasalah filem Hindustan macam tu.





Lagu 'tera mujshe hai pehle' dari filem Aa Gale Lag Ja, filem keluaran tahun 1973, aku dalam form 1, yang syoknya kerana budak kecik yang nyanyi sampai senikata aku ingat sampai ke ari ni.



Gemulah M. Shariff merupakan salah seorang penyanyi yang banyak mempopularkan lagu-lagu Hindustan dalam versi melayu. Lagu berikut adalah salah satu dari album beliau.



Ini versi Hindustan.

Rabu, 30 Disember 2009

Motorku

Selepas keluar Maktab aku kena posting kat SM Ipoh (1982), bukan di Perak ,cuma di Tanah Merah. Masalahnya aku tak ada motor. Nak ke sekolah macamana?. Aku menumpang dengan Cikgu Wan Zulkifli (gemulah). Sewa rumah bertiga kat Batang Merbau, bersama sorang lagi kawan, Tok Wan ( Cikgu Hishamuddin).




Inilah dua sahabat yang mula-mula aku kenal. Gambar ini dirakamkan pada hari ke 7 sempena pembukaan Lebuh Raya Timur Barat 1982. Pagi tu semasa dirumah sewa di Batang Merbau, aku bertiga merancang untuk menyertai ke Jeli tetapi entah macamana kami bertiga sampai ke Kuala Kangsar dan seterusnya ke Taiping.



Bergaya dengan Motor Fuad RXS, ketika tu memang motor ni sohor nak mampus

Ini photo semasa berkonvoi ke rumah Fuad di Telok Intan. ( Betul ke Fuad?) kalau tak silap dekat Tasek Banding ni.




Akhirnya aku mampu memiliki sebuah motor sendiri jenis HONDA CB100. Aku tak tahu lagu mano aku boleh berkenan beli motor ni. Sudahlah nak hidup enjin guna bateri, motor lain guna magneto, lepas tu motor ni banyak digunakan oleh posmen dan juga Jabatan Telekom. Lantaklah asalkan ada motor sendiri tapi beli secondhand jah.














Tak puas hati dengan motor CB100 aku beli pulah motor ENDURO . Motor ni jenis Scrambler, boleh buat wheely tapi buat off-road bukan merempet. Inilah motor yang paling best, pertama ada 6 speed kemudian dia pakai monoshock boleh konar leper. Gaya macam motorcross.
Lagu kenanganku dimasa itu:











Lepas tu sempat juga aku aku pakai RXZ keluaran tahun 1986, first model. Tahun 1987 kawin, bini tak suka motor jenis 'tungging' ni, aku jual beli motor Honda Cup buruk.




Bini pun tumpang sekaki bergaya dengan motor baru beli dengan anak pertama dan anak saudara.









Tahun 1994 aku tukar motor lagi, kali ini motor baru Yamaha sport 100. Best motor baru



Tahun 2009 aku terpaksa beli motor baru lagi kerana motor Y100 anak aku ambik buat berulang belajar di UTP. "Wahai anakku. Aku tahu kau tak akan 'gendong' gewe tapi jagalah motor tu baik-baik kerana dialah engkau membesar menjadi orang" ( Takkan jadi buaya pulak) Motor ni jenis LC Nouvo 135, tapi jaga-jaga ada dah orang nak takle nak bawak ke Perlis. Sabar Wak.

Search

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template