Khamis, 14 Oktober 2010

Jurutebang

Agak susah untuk mendapatkan jurutebang sekarang. Kebanyakan anak-anak muda tidak mahu mewarisi pekerjaan bapa mereka kerana kerjaya sebagai jurutebang agak sukar dan membahayakan. Apabila ditanya kebanyakannya menjawab ‘GAYAT ‘.

O
leh kerana rumah Pak Nidus dikelilingi oleh pokok-pokok maka sering kali bumbung rumah dihujani oleh buah durian, kelapa dan manggis. Masalahnya pokok-pokok ini milik jiran sebelah- menyebelah. Walaupun tuan tanah membenarkan Pak Nidus mengambil buah-buah tersebut tetapi rasa tidak puas hati terhadap tuan tanah dan jiran empunya pokok2 itu menyebabkan “ kalu make pun, nok tele tok gi “. ( Itu dalam bahasa German…kalau makan pun, nak telan tak boleh…). Apa tidaknya….. atap rumah banyak yang serpih, daun2 tak larat nak sapu, buah durian dan manggis memburuk dan busuk dalam pagar kita… lalat, lebah dan semut datang bertamu. Waktu hujan ribut, lagilah takut. Silap2 tumbang pokok kelapa dalam bilik tidur. Dek kerana jiran, Pak Nidus sekeluarga membatukan diri.

Lima tahun dulu…. Pak Nidus pujuk2 tuan pokok kelapa masa minum2 kat kedai kopi. Acapkali memujuk, akhirnya berjaya. Tuan tanah mencari jurutebang dan Pak Nidus yang membayarnya. Jiran yang sorang ni pulak, kerana sayangkan buah durian, kerap memujuk pun tak berhasil.

Hari ini, ketika ini dan saat ini rasa nak lari sekuat hati pergi cari jurutebang kerana tiba2 tuan pokok durian suruh tebang pokok tersebut.

Sebelum Che Munoh berubah fikiran, Pak Nidus nak pergi panggil jurutebang. Di mana ya?

Jumaat, 8 Oktober 2010

Panggilan.

Hallo, assalamualaikum...Pak Nidus ke?...ni Mak Aji....Allo, Pak Nidus ke? ...ni Pok Cik Ud....Hello,...Abe Li nih....

Pak Nidus memang kenal betullah dengan suara-suara dan nama ni. Mereka adalah di antara AJK Khairat Kematian di Mukim Pak Nidus tinggal. Suara ini bermaksud ada kematian di dalam kawasan mereka..Setiap kematian, Persatuan akan menyumbangkan wang sebagai derma khairat sebanyak RM300 samada ahli atau tanggungan yang meninggal dunia.

Tergerak di hati nak buat n3 ni kerana baru semalam Pak Nidus berbincang dengan AJK mengenai duit tunai tiada di tangan. Rupa-rupa hari ni ada dua kematian berlaku. Sebagai Bendahari Pak Nidus ditugaskan menghantar derma khairat kepada mereka yang dalam kedukaan, sekurang-kurangnya derma itu dapat meringankan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Hari Jumaat dan Sabtu, bank tutup. Jadi terpaksa keluarkan wang sendiri dahulu, maklumlah orang kampung tak biasa guna cek. Taapa kerja kebajikan secara sukarela memang kena berkorban.

Teringat blog seorang sahabat Abiey69 mengenai 3 panggilan dari Allah, salah satunya ialah 'panggilan kematian'

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.

Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insya Allah syurga adalah balasannya..’


Apa yang tersurat dan tersirat di fikiran Pak Nidus ialah dalam menguruskan persatuan ini setiap tahun di kawasan khairat Pak Nidus yang tak seluas mana ni berlaku kematian antara 20 hingga 30 orang setahun, bagi Pak Nidus ia adalah jumlah yang besar berbanding ahli yang ada.
Sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas ini, ingat mengingat dalam membuat perkara kebaikan adalah dituntut oleh agama.

Pak Nidus yang telah hampir 30 tahun dalam persatuan ini terasa sangat dengan panggilan Allah yang semakin hampir ini, apa lagi umur pun dah lebih separuh abad...rumah kata pergi, kubur kata mari.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template