Alhamdulillah…
Itulah ucapan setiap kali bila melihat perkembangan pembinaan masjid baru ni. Tak perlu lagi Pak Nidus sebut di mana lokasinya. Bukan untuk meminta bantuan atau derma, hanya sekadar melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dengan limpah kurniaNya pembinaan masjid yang menelan belanja RM350,000.00 ini hampir mencapai matlamat.
Pembinaan yang bermula pada 5 Julai lalu setelah dirancang pada penghujung tahun lepas oleh Pengerusi dan tuan punya tanah yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan ini.
Dengan kerjasama dari Tuan Imam, Bendahari dan Pak Nidus serta AJK lain sama-sama menggerakkan hasrat dan tujuan yang mulia ini.
Konsep pembinaan adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli jemaah dan koriah kampung merasakan ini adalah masjid kita …sama-sama menyumbang ke arah itu mengikut kadarnya.
Kepentingan politik kepartian diketepikan.
Setakat ini belum ada meminta bantuan secara khusus dari badan-badan tertentu kecuali meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga dermawan yang ingin membuat kebajikan yang berpanjangan hingga ke akhirat.
Jumlah terkumpul setakat ini melebihi ¾ dari kos pembinaan.
Sumbangan yang banyak diterima ialah pada Ramadhan yang lepas sempena bulan yang penuh dengan keberkatan.
Kapasiti dianggarkan 200 jemaah untuk satu ketika dan terdapat dua tingkat iaitu perempuan di tingkat atas dan lelaki di tingkat bawah.
Insyaallah jika ada bantuan yang difikirkan perlu untuk memohon sumbangan, Pak Nidus akan beritahu untuk sama-sama melabur dalam saham akhirat ini.
Masjid lama yang akan dirobohkan setelah siap masjid baru yang lebih selesa dan luas.

Gambaran masjid baru bila siap nanti.


