Jumaat, 23 Mac 2012

Yang Ke 3

Memang, kali pertama aku lihat aku terus jatuh hati. 
Walau apapun rintangan aku pasti memilikinya. Tak payah tanya Makcu.....aku yang membuat keputusan. Makcu gerenti setuju.....baiknya Makcu. 


Baik ada makna tu. 


Tak kisahlah dia sudah berumur pun, maklumlah hati dah berkenan. Diringkaskan cerita....aku mengambilnya pertengahan Januari lepas...dah lama kan? 


Hari pertama aku tempatkan dia di rumah orang tua ku di kampong, tak nak bagi Makcu tengok sehingga dia betul-betul bersedia untuk dilihat. Sebulan lebih juga dia di sana. Aku terpaksa berulang alik ke kampong untuk menjenguknya. Kerana tak sanggup berjauhan aku pergi mengambilnya walaupun keadaan dirinya belum OK lagi. 


 Tapi......tapi.....sampai sekarang aku belum boleh bersamanya lagi. Ada-ada saja alasannya....demam, bersin, beronar perut dan entah apa-apalah. Dia sudah berada di rumahku tapi kesian dia....... Makcu kata dia pun berkenan...masi lawa. 


 Adusss, nak buat macammana ni. bukan sedikit aku habis...ribu-ribu jugak. 


 Kenapa jadi begini........., 
Hujung tahun lepas ada sedikit rezeki, aku bawa balik yang nombor 2 comel lote kata orang. Disebabkan masih baru bergetah, berkilat jadi tentulah rasa sayang yang amat sangat. Sepatutnya dia tinggal kat rumah jer. Guna jarang-jarang. Setelah mendapat persetujuan Makcu aku pun carilah yang ketiga ini. Kalau dibawa ke tempat kerja tidaklah bimbang sangat takut calar ke...kemek ke. 


 Nak tengok...... ini dia yang ketigaku. Lawa ???





9 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Salam Pak Nidus.
Civic? ke Accord tu ya? Terkeliru sat.
Hmm..apa apa pun, kete tu mmg power :)

nidus2 berkata...

Salam Hairil,
Dah tukar gambar profile...tengah main golf ke?
Ini Civic EX tahun 90...kira OK lah.

jeBateja berkata...

Wow....honda tu....bukan sebarangan org pakai ni Haji...ahakz

Kak Mahh berkata...

peminat kereta rupanya.

nidus2 berkata...

Murah jer Jebat....7.5K. Buat berulang alik ke tempat kerja.

nidus2 berkata...

Terpaksa beli.....naik motor lagi bestkan. Bila nak berkomboi lagi?

cheqna berkata...

amboi pak nidus...
=)

nidus2 berkata...

Cheqna,
Napok gelenya ko?..... Haa3.

atik berkata...

peewitt... ayoh bli kete bru plop.. bleh try nek hok ni plok ekgy... =)

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template