Selasa, 24 Januari 2012

Perwiraku.....

Memori Daun Pisang?????

Memori semasa menghantar anakanda ke 3 Muhd Akif Syazwan di perhentian bas Tesko Kota Bharu untuk berlepas  ke PLKN Baling. 
 Memang dalam hati kecil ini sering tertanya-tanya bagaimana latihan yang dijalankan di sana.....teruk sangat kah?.....ada raging ke?....cukup makan ke? dan bermacam-macam lagi. Tapi bila ditanya semasa dia balik bercuti  CNY katanya memang suka berada  di sana....semuanya OK.  Kita sebagai ibubapa ni pun tumpang gembira.


Sebagai sokongan moral kepadanya, semua adik beradik pergi menghantar di stesen bas walaupun hari tu hujan turun tak berhenti.



Siap dengan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.....syabas anakku, inilah bakal-bakal perwira negara.



Bye....Selamat jalan dan Selamat berjuang.


6 ulasan:

Jamal Ali berkata...

Selamat berjuang pejuang negara!

p/s: Saya teringat kenangan dunia PLKN empat tahun dahulu. Masih ingat lagi kenangan manis ber-PLKN di Kem Entobotani Gua Musang, Kelantan. (Senyum)

nidus2 berkata...

Salam anakanda Jamal,
Mungkin itu salah satu kenangan terindah agaknya....

Apa khabar tentang studi sekarang? Anakanda Azri Sabtu lepas sudah pergi ke UTP.

Jamal Ali berkata...

Pastinya.

Pengalaman yang penuh dengan warna warni takkan mudah menjadi hilang.

Saya sudah berada di UTP semenjak hari Khamis dua minggu sudah. Namun, baru semalam saya sampai semula ke UTP setelah pulang sebentar ke desa.

Di UTP, semester baru bakal berlangsung hari Khamis ini - semester terakhir sebelum ber-internship. (Senyum lebar saya)

Pastinya, semester ini banyak perkara dan pengalaman baru - seperti juga peristiwa sudah.

Semoga semester ini baik-baik. Oh ya juga, semoga ayahanda Nidus dan keluarga dalam keadaan yang baik-baik juga. Sihat walafiat, dirahmati Tuhan. (Senyum)

cheqna berkata...

masa zaman cheqna tak dok lagi PLKN ni
teringin jugok nak merasa =)

Hairil Rizal berkata...

Salam Pak Nidus!

Saya tak berpeluang merasa PLKN. Mungkin lebih best dari kursus kursus BTN yg saya pernah pergi dulu :)

nidus2 berkata...

Salam Cheqna,
Taapalah.....tunggu jer hari bahgia yang bakal menjelma.

Salam Hairil,

Matlamatnya lebih kurang, cuma masa latihan yang berbeza. Pak Nidus yang tak berpeluang kedua-duanya tetap berdaya tahan....haa3.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template