Ahad, 29 Januari 2012

Aduhai Makcu....

Terima jemputan tuan tanah kedawung.....
Aku dan Makcu dibawa ke lokasi yang dijanjikan di daerah Machang berdekatan dengan UiTM Machang mukim Ulu Sat. Sekadar nak tengok kawasan yang sebelum ini hanya lihat pada gerannya sahaja.


Untuk membina rumah  pada waktu terdekat ini rasanya tidaklah.  Kenapa?......


Belum ada pembangunan disekitarnya.........

Ini adalah salah satu tumbuhan liar yang ada........pokok apa yer?

Nama pokok ini ialah kemunting.
"Oooo....macam ni pokok kemunting....."tanya Makcu lagi.
"Boleh makan ke buahnya......." laaaa.

Demo  kenal ke buah kemunting?......"Dok".
Hee...Makcu.

Nih buah dia kalu nak kenal....


Tapi buah masih putik lagi....kalau dah masak berwarna hitam, manis.

Aku sendiri pun dan berpuluh tahun tak tengok dan merasa buah kemunting ni, seingat aku buahnya memang manis dan sedap dibuat jem.

Kami meninjau ke kawasan sekitarnya.  Kata tuan tanah ada anak sungai dihujung sana.....


Tinggi teh angkat kain tu Makcu.....

Tiba-tiba ...."Eh Yeh!!!!  tepi...tepi ada cacing dalam air tu.....Ooooo lajunya".
Haa...haa...haa.....info yang salah tu Makcu.

"Kenapa Pak?"  Mana ada cacing boleh berenang dalam air.
"Habih, menatang apa?"
Kalu Makcu nak tahu dalam bahasa orang putih dia panggil LINTAH.


Makcu tak nak mengalah.....
"keciknya lintah"......Dia jadi besar lepas hisap darah orang. Nak besar lagi kena cari lintah kerbau, iaitu yang hisap darah kerbau. " Ooo begitu".

Syukurlah aku dilahir dan dibesarkan dengan suasana kampung.  Rupa-rupanya biasa bagi kita, pelik bagi orang lain.  Janganlah sampai ada orang yang bertanya bagaimana rupa pokok ETAK......Aduhai Makcu ku.

2 ulasan:

Abdul berkata...

wooo...perancangan masa depan ya? haha. mat deris tu pah ceroh duk kilek psp dia

jeBateja berkata...

hik...hik....goli geleman plak den nenguk LINTAH tu HAJI....ahakz...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template