Rabu, 28 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia

Biar pun dah lama berlalu......kesempatan yang ada ini ku abadikan untuk tatapan bersama.
Bermula 16/12/11 sebelum tirai 2011 berlabuh, sempat juga kami enam beranak berkunjung ke Melaka, PD , KL dan GM...Gua Musang. Abe Afiq tidak turut sama kerana ada hal lain.


Hari pertama.....Kota Bharu- Melaka.

Bermula jam 9.30 pagi menyusuri jalan Gua Musang - KL. Slow and steady, kerana badan terlalu letih, kami hanya sempat bermalam di Seremban sahaja.


Hari Ke 2.......Seremban - Melaka.


Bandar Hilir.....Kali ke5 sampai ke sini.  Banyak perubahan.  Bermalam di Melaka.


Hari ke 3.......Melaka - A'Famosa Water World.


Memang anak-anakku hantu air.....tak sah kalau tidak ke sini. 

 Terima kasih kepada keluarga Haji Othman Rejab,  Alor Gajah kerana sudi menjemput kami makan pagi dan berkunjung ke rumahnya sebelum ke A'Famosa.
Rancangan asalnya hari ini nak bertolak balik ke KB,  tapi anak-anak suka sangat bermain air kami rancang bermalam di PD.

Hari ke 4........PD-KL-GM

Kalau anaknya hantu air, Mama Hagemaru pula hantu beg.  Apa lagi SOGO menjadi pilihan.  Sekali lagi perjalanan untuk terus ke KB tertangguh lagi.  Kerana badan dah penat waktu pun dah tengah malam, kami bermalam di Gua Musang.

Hari ke 5 terus balik ke Kota Bharu dan berakhirlah cuti kami anak beranak. 

  

Kalau ada sumur di ladang,  boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berkunjung lagi.  Bye.







3 ulasan:

cheqna berkata...

wah..beshnya berjalan2 bersama family..=)

makcu B berkata...

Sebagai ibu bapa kita cuba sedaya upaya membahagiakan anak2 dan sebagai anak2 yang belum bekerja maka mereka tidak berwang, mereka tak suka ke SOGO kan pak?

Abiey69 berkata...

comenya keto baru........ rezeki pak aji bertambah selepas balik mekah... alhamdulillah.. abiey tumpang gumbira

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template