Sabtu, 4 Jun 2011

Terima Kasih Anakku dan.....

Ayahanda memberi peluang kepada si Tengah bagi mewakili anak-anakku yang lain dalam menyatakan perasaan kamu terhadap ayahanda  di Hari lahir yang ke 51 ini. 

Perasaan itu dilahirkan dengan membuat header bertemakan Hari Lahir ku.  

Terima kasih kerana kamu semua sayangkan ayahanda dan ayahanda bangga mempunyai anak-anak seperti kamu.

Tidak lupa kepada bonda kamu yang selama ini menjadi tonggak di belakang kehidupan kita semua.  Ayahanda  bangga mempunyai isteri seperti bonda kamu ini.

Disebalik pembalut kertas surat khabar lama ini walaupun tidak seberapa namun ayahanda menganggapnya sesuatu yang tinggi dari segi nilainya.  Bukan emas bertimbun, bukan wang berjuta yang dipinta, bagi ayanhanda ini cukup bermakna  sebagai bukti kita masih dalam 
' Satukan diantara hati-hati kami'.



Ayat power isteriku......



Terima kasih semua








5 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Alamak, sudah ter miss bday Pak Nidus ke?

Blm terlewat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kan?


Bertuah Pak Nidus dapat anak anak yang penyayang begitu :)

Granny Hani berkata...

Happy birthday pak nidus.boleh tanya sikit, warna apa baju tu? Hehehehe....
Apa apa pun, semoga Allah pelihara kebahagiaan keluarga Pak Nidus.

nidus2 berkata...

Hairil,
Terima kasih...semoga anak-anak kekal sebagaimana hari ini.

nidus2 berkata...

Kak Hani,
Terima kasih.

Semalam ingat lagi color tu. Hari ini sudah lupa...hee3. Memang Melayu mudah lupa.

Jamal Ali berkata...

Alamak, maaf lewat.
Selamat hari lahir Ayahanda Nidus, semoga Allah selamatkan Ayahanda dan sekeluarga di dunia dan di akhirat! :)

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template