Khamis, 4 Mac 2010

Jangan Pandang Rupa, Cuba Dengar Suara


Penyanyi bersuara emas ini ialah Charles Hutagalung, penyanyi utama kumpulan The Mercys. Aku rasa tak ramai yang mengenali kumpulan ini terutamanya anak-anak muda sekarang. Lagu yang popular pada tahun 70an ini berjudul Bunga Mawar merupakan salah satu lagu hit mereka disamping lagu-lagu Dendang Melayu, Adinda Sayang, Jauh Disayang dan lain-lain.







The Mercy's, merupakan salah satu band terhebat di sepanjang masa. Mereka terdiri dari lima anak muda yang berambut gondrong, yakni Erwin Harahap (melody/vokal), Rinto Harahap (bass/lead vokal), Reynold Panggabean (drum/lead vokal), Rizal Arsyad (rhytem/vokal), dan Iskandar alias Bun (keyboard/vokal).
Ditubuhkan 1969 di kota Medan, Sumatra Utara, band ini dibangun oleh sekumpulan anak muda yang berasal dari satu daerah yang mempunyai satu visi yang sama, sehingga membuat dua bersaudara dari marga Harahap ini bertolak dari Jakarta menuju Medan membentuk sebuah band ‘funfair’..
Asalnya tempat Charles Hutagalong diisi oleh Iskandar atau Bun Sayangnya, ia tidak dapat bersama kumpulan ini, kerana lebih memilih melanjutkan pelajaran bidang kedoktoran (kini, menjadi akhli bedah saraf) dan tempatnya digantikan oleh Charles Hutagalung (keyboard/lead vocal).

Lagu pertama yang dirakam ialah 'Tiada Lagi'
Sementara itu, Rinto Harahap mengungkapkan, 'Sebenarnya The Mercy's masih ada dan dari kami pun belum ada pernyataan rasmi bubar. Namun, tidak dapat dinafikan The Mercy's dikenal kerana keberadaan Charles Hutagalung. Kami ini hanya sebagai pelengkap saja'.

Grup ini pun akhirnya telah menjadi salah satu legenda yang memperkaya khasanah muzik pop Indonesia.
Dalam tahun sekitar awal 70an kumpulan ini bersama dengan D'lloyd, Koes Plus dan Juga Favourite Group dari Indonesia telah berjaya menembusi pasaran Malaysia. Seingat aku pada tahun 1976 ( masa ni sedang belajar dalam Tingkatan 4 di SMT Trg ), lagu-lagu mereka betul-betul meletup apa lagi penyanyi bersuara emas itu menjadi sebutan terutama yang 'ini', berangan-angan ingin berduet disatu masa nanti.

Akhirnya impian menjadi kenyataan walaupun berduet secara maya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakcumu tele gapo pulok?

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template