Khamis, 11 Mac 2010

Antara 3 Darjat

"Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang cuba kamu lihat warna darah kita, sama bukan?”

Ghazali menuturkan kata-kata tersebut selepas pergaduhan beliau dengan Tengku Mukri.

Adengan ini dipetik dalam filem Antara Dua Darjat. Filem keluaran tahun 1960.

Masa sudah berubah, apa yang kita dapat lihat sekarang ramai keturunan Tengku, Syed, Sheikh dan sebagainya dalam masalah cinta ini semuanya diketepikan apabila satu hati sudah seia sekata.

Bagaimana dalam masalah ini pulak!


sini...
Sekali sekala teringat juga nak merasakan masakan ibu di kampung. Bila ada kesempatan begini, jangan lepaskan peluang. Bedal ajelah.

Tengok tu ada budu..eh sekali dengan botolnya. Ini dah lebih. Yang itu gulai lemak kuning lauk ikan kembong....ada sambal...tu ikan kering...Hah, solok lada ada...ulam timun batang pun ada. Woo....sedapp mak, tambah sepinggan lagi. Hidup di kampong kalau boleh makan begini dah dikira bagus, tambah lagi ada antaranya tak payah beli, free.


situ.....

Ini model yang aku selalu bayar untuk blog aku, namanya Engku Zaleha..he..he..hee








Minum air nyior rupanya.
Ada pulut ike kering...belakang tu ada apa? Air sirap siapa pulak? Makcu mu ni kuat makan betul. Kalu nak kira baru berapa jer...dalam dua tiga amas. Mampu lagi bayar tu. Sementara tunggu nasi goreng siap kita minum dulu.
(Gambar ni dirakamkan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat).

(Amas/samah = 50 sen, 2 amas 1.00, 3 amas 1.50 dan seterusnya)


sana......







Kalau dilihat sepintas lalu pun dah dapat rasa tiada benda yang harga dua tiga amas di sini. Tapi kalau dah ada yang nak belanja, jom kita masuk.


Apa lagi, pesanlah minuman seperti tertera pada menu, jangan tanya-tanya, buat malu kompeni....inilah minuman yang dipesan dah sampai...kalau tak silap yang dua tu iced mocha dan yang panas tu kalau tak silap cafe vanilla.....Srurrrpppp......sedapnya, macam minum Milo O Beng...Hee...hee...hee....
Lihat bil , 42 amas sahaja. Barulah darjat tinggi sikit.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wooh...sekat duk dumoh 3 branok jah koho 'naek darjat' napok...mkn pun tmpat stndard2... cuti ni bwk ambo etek! kihkih

-Abdul

Afiq Syimir Samsudin berkata...

ewah2... noodle station pn belasah. Hangpa 3 beranak belanja sakan noooo...

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template