Isnin, 30 Mei 2011

Selamat Pengah tin Baru Pak Nidus

Cuti persekolahan sudah bermula.  Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
'Mejenge'...dibina sebagai tempat Raja Sehari.  Pelbagai bentuk, pelbagai tema.  Ikut suka tuan punya badan.

Bilik tidur pun dihias sama.
Macam ni.....


Malam ni sedaplah Pak Nidus tidur atas katil yang bercadar baru.

Yahoo...ya...beda...beduuuuu.

"Gapo gak Pak mu, nak belake pare ko?"




Khamis, 26 Mei 2011

Patat Siput

Patat siput adalah satu istilah untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai bakat semula jadi dalam sesuatu kemahiran. Kalau dilihat pada patat siput sebenar, terdapat satu putaran yang menarik dan cantik pada siput tak kira dari spesis mana sekalipun.

Berbalik kepada seseorang yang mempunyai patat siput ini,  apa saja hasil kerja yang dilakukan menyerlahkan bakat mereka .  Hasil kerja mereka ini memang cantik dan menarik.

Lihat contoh hasil kerja orang yang ada patat siput ini;



Ini pula contoh mereka yang kureng ada patat siput;


Memang terdapat perbezaan diantara dua hasil kerja ini , yang ada patat siput lebih cantik  dibandingkan dengan yang kureng tadi walaupun umur mereka adalah sebaya.

Cuba check jari kita samada ia dari jenis ada patat siput atau tidak.


Yang pasti jari Pak Nidus ada patat siput....hee3. 

Nota kaki//....Lukisan di atas adalah hasil tangan anak Pak Nidus.


 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template