Rabu, 1 Disember 2010

Putu....

Sepanjang perjalanan ke Tumpat petang tadi tak kurang sebelas gerai menjual makanan ataupun boleh juga dikatakan kuih bermusim ni. Memang makanan ni di musim lain selain musim hujan atau tengkujuh kita tak akan jumpa. Kenapa?

Difahamkan bahan utama untuk membuat kuih ini tidak tahan dengan air, jadi di musim hujan ini ianya akan terendam dalam air dan akan merosakkannya. Mahu tak mahu ianya terpaksa dikeluarkan . Sebab itu ianya cuma terdapat dimusim hujan di Pantai Timur untuk dijadikan makanan yang sedap dimakan ketika ianya masih panas.

Tapi ingat, bukan semua rasanya sama. Ada yang kurang sedap diantara penyebabnya ubi kayu tadi sudah berendam dalam air dalam jangka masa yang lama atau ianya sudah tua atau 'masuk angin'. Faktor lain mungkin pelengkapnya kurang bermutu.

Tunggu masa untuk diangkat.


Diantara bahan-bahan utamanya


Ubi kayu dan manisan dimasukkan bersama



Haaha...Putu halba yang siap untuk dimakan bersama nyior.

"Pok cik nok 2 rial ni".....Yo lo doh tu 2 rial lah tu...
"Berapa butir Awe?"......5 butir 2 rial....

Amboiii...mahalnya, sudahlah kecik sebiji padan satu mulut je..

"Heh Pak Nidus !..kalau banyak sangat komen, buat sendirilah"....
jawab Makcu yang dok sebelah tu. Ya..ya..yaa.


Selasa, 30 November 2010

Sukanya Dia...

N3 lapuk ni sebagai kenangan kami anak beranak semasa makan angin hujung minggu lalu sempena dengan cuti semester Abdu Ngah. Sebelum pulang ke KB sempatlah kami anak beranak relax-relax kat Tambun. Ini merupakan kali pertama kami ke sini. Walaupun 'rebeh' poket dibuatnya tapi bila lihat wajah ceria anak-anak rasa berbaloi juga.

Cintaku berputik di sini......

Dari pagi hingga ke petang kami berada di situ....biar anak-anak puas.

Bertolak dari Ipoh ke Cameron Highland jam 6.30 petang......Rupa-rupanya ada anak Pak Nidus yang belum sampai di sini.
Cintaku mekar subur umpama kebun teh Cameron ....Hee..hee..hee.
Teringat filem Bobby...DimplePah Kapadia dengan Rishisam Kapoor...



Biasalah budak-budak...manalah dia tahu.
Alhamdulillah...kami semua selamat.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template