Selasa, 7 September 2010

Gerammmmmm:

Ramadhan hampir meninggalkan kita, semakin berat rasanya nak bangun makan sahur tapi kalau tak bangun, suara Makcu mengalahkan jam loceng. Nak bernanah telinga. Kelima-lima orang anak sudah ada bersama.

Waktu ni semuanya diam, semuanya senyap, masam dan sekali-sekala pejam.
Botol kicap tidak berganjak.
Kayuh perlahan-lahan tidak seperti waktu berbuka, laju macam jet ski.
Riuh berebut botol budu yang tak henti-henti bergerak.

Aduh, gerammmmmm!

Sapa ambik gambar ni? Ini makcu punya kerja.” Soh doh… dio tak dok dale gamba”.

Di bawah kerudung inilah Pak Nidus berada setiap kali makan sahur. Pejammmmmm, celikkkkk, pejam lagi.
Tengok2 jemaah sahur dah meninggalkan meja makan.
Tinggal Pak Nidus sorang, banyak pahala sahur yang Pak Nidus dapat sebab melambat-lambatkan makan sahur.

Tak gitu?

Ahad, 5 September 2010

Nostalgia Raya


Setiap kali raya Pak Nidus lihat anak-anak membesar di hadapan mata. Terima kasih Tuhan kerana setiap tahun memberi peluang untuk kami terus bersama. Syukur atas kesihatan yang diberi oleh Nya dan penyatuan antara hati-hati kami.

Inilah antara entry yang agak sukar untuk dihasilkan oleh orang yang cetek ilmu IT seperti Pak Nidus tetapi demi isteri dan anak-anak Pak Nidus usahakan juga.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template