Isnin, 26 Mac 2012

Permata Buat Isteriku




Kopratasa

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Jumaat, 23 Mac 2012

Yang Ke 3

Memang, kali pertama aku lihat aku terus jatuh hati. 
Walau apapun rintangan aku pasti memilikinya. Tak payah tanya Makcu.....aku yang membuat keputusan. Makcu gerenti setuju.....baiknya Makcu. 


Baik ada makna tu. 


Tak kisahlah dia sudah berumur pun, maklumlah hati dah berkenan. Diringkaskan cerita....aku mengambilnya pertengahan Januari lepas...dah lama kan? 


Hari pertama aku tempatkan dia di rumah orang tua ku di kampong, tak nak bagi Makcu tengok sehingga dia betul-betul bersedia untuk dilihat. Sebulan lebih juga dia di sana. Aku terpaksa berulang alik ke kampong untuk menjenguknya. Kerana tak sanggup berjauhan aku pergi mengambilnya walaupun keadaan dirinya belum OK lagi. 


 Tapi......tapi.....sampai sekarang aku belum boleh bersamanya lagi. Ada-ada saja alasannya....demam, bersin, beronar perut dan entah apa-apalah. Dia sudah berada di rumahku tapi kesian dia....... Makcu kata dia pun berkenan...masi lawa. 


 Adusss, nak buat macammana ni. bukan sedikit aku habis...ribu-ribu jugak. 


 Kenapa jadi begini........., 
Hujung tahun lepas ada sedikit rezeki, aku bawa balik yang nombor 2 comel lote kata orang. Disebabkan masih baru bergetah, berkilat jadi tentulah rasa sayang yang amat sangat. Sepatutnya dia tinggal kat rumah jer. Guna jarang-jarang. Setelah mendapat persetujuan Makcu aku pun carilah yang ketiga ini. Kalau dibawa ke tempat kerja tidaklah bimbang sangat takut calar ke...kemek ke. 


 Nak tengok...... ini dia yang ketigaku. Lawa ???





 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template