Dulu pernah sekali 'predator' masuk rumahku. Dengan sedikit 'jampi serapah' setakat yang aku tahu, dia menghilang beberapa tahun. Sekarang dia datang lagi bersama cucu cicitnya. Aku rasa kedatangannya kali ini kerana kesilapan aku juga. Mengapa ye? Sekarang kat rumah ni hanya tinggal kami bertiga sahaja, yang lain sedang belajar dan tinggal di asrama, jadi bilik atas tiada penghuni, jadi kesempatan ini digunakan oleh 'predator' untuk menumpang agaknya.
Anakku kata ini Batman. Spesis ini memang menyusahkan kita dengan tahinya yang berterabur keluar melalui siling rumah. Kesian kat Makcu nak bersihkannya.
Mengikut pemerhatianku mamalia ini mempunyai beberapa sifatnya tersendiri. Sebaik sahaja azan ke udara maka berterbanganlah ia keluar mencari makan dan selepas subuh sebelum matahari terbit ia akan kembali. Lagi ia memang suka kepada bunyi air terjun. Sebaik sahaja bunyi air ini, ia akan keluar dari persembunyian apabila hari mula gelap. Ia juga pandai berpura mati bila kita berdekatan. Juga mempunyai gigi yang tajam yang dapat memutuskan jaring dalam beberapa minit sahaja. Ia juga sejenis haiwan yang tidak mudah berputus asa. selagi hayat dikandung badan ia akan cuba melepaskan diri. Aduhh...tolonglah aku. Jumlahnya bukan sedikit, mungkin beribu.