Ahad, 5 Jun 2011

Dah Siap

Setelah tertangguh seketika projek yang Pak Nidus buat tempoh hari, sekarang dah siap.


Sarang burung Serindit (Budgie)



Yeh kata nak bergambar depan sarang burung....Nah, bergaya bersama bapaknya.

Aduss...Penat betul melayan Si Bongsu ni. Menyiapkan sarangnya satu hal, nak cari burung pun satu hal.  Kalau nak bela burung gred A memang mahal jadi cari yang gred C RM 30 sepasang.
Nak jadika cerita belilah sepasang ,  jantan berwarna biru dan betina warna hijau.  Nasib tak baik tak sampai satu hari Si jantan terlepas, apa lagi menangislah Si Bongsu.  Bila nak beli sebagai ganti tuan punya burung tak nak jual katanya burung sedang menetas (...yang jantan ke menetas? )


Hari ni ada orang yang baik hati memberi percuma seekor budgie jantan...terima kasih Zul.

" Ayoh.... tolong masukkan dalam blog ayoh deh burung Yeh ni"

"Hee3...kalau Yeh tak malu , Ayah boleh masukkan."  ( Budak-budak mana faham...)











Hoo, siap dengan nama burung dan lukisannya sekali.....bagus anak ayah.

Green Wind &; Blue Sky

Rupa-rupanya si Yeh lebih tahu bagaimana nak mengenal yang mana betina yang mana jantan.  Kalau atas paruhnya berwarna biru itu adalah jantan.

Pak Nidus senang je, ikut ilmu Nujum Pak Belalang...kalau yang jantan mesti mengekori yang betina.

Tapi burung yang ini..... yang betina mengekori yang jantan.....kah3.



Sabtu, 4 Jun 2011

Terima Kasih Anakku dan.....

Ayahanda memberi peluang kepada si Tengah bagi mewakili anak-anakku yang lain dalam menyatakan perasaan kamu terhadap ayahanda  di Hari lahir yang ke 51 ini. 

Perasaan itu dilahirkan dengan membuat header bertemakan Hari Lahir ku.  

Terima kasih kerana kamu semua sayangkan ayahanda dan ayahanda bangga mempunyai anak-anak seperti kamu.

Tidak lupa kepada bonda kamu yang selama ini menjadi tonggak di belakang kehidupan kita semua.  Ayahanda  bangga mempunyai isteri seperti bonda kamu ini.

Disebalik pembalut kertas surat khabar lama ini walaupun tidak seberapa namun ayahanda menganggapnya sesuatu yang tinggi dari segi nilainya.  Bukan emas bertimbun, bukan wang berjuta yang dipinta, bagi ayanhanda ini cukup bermakna  sebagai bukti kita masih dalam 
' Satukan diantara hati-hati kami'.



Ayat power isteriku......



Terima kasih semua








 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template