Khamis, 21 April 2011

Hantu ( Sambungan )

Hantu Mat Gobeng
Orang tua-tua selalu menakut-nakutkan budak dengan mengatakan ..hah, pergilah ada hantu Mat Gobeng tuh.  Macamana rupanya tak terlintas pada fikiran aku  tapi yang nyatanya ia tentu menyeramkan.


Hantu Air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.(sumber google)

Cerita ayah,  pernah terserempak ketika hendak mandi di sungai waktu subuh…seorang perempuan sedang mandi seorang diri, bila ditegur ia menghilang diri.
Cerita dari datuk saudara , pernah berjumpa dengan hantu air ini ketika dia mengambil wuduk di sungai ….tiba-tiba dia melihat dalam kesamaran subuh kelihatan air bewarna hitam.  Bila diperhati betul-betul rupanya rambut yang panjang dari hulu sungai dimana hantu tadi sedang mandi.
Pernah seorang kawan masa kanak-kanak dulu berenang ketengah sungai untuk mendapatkan acak yang hanyut, bila balik ke rumah dia terus demam untuk beberapa hari sehingga terpaksa panggil bomon untuk memulihkannya.


 Hantu Kopek Lanjut

Bunyinya lucu, tapi kalau disebut dengan namanya mahu terkencing.   Arwah ayah  menceritakan hantu ini adalah seorang perempuan yang kopeknya tersangat lanjut.  Kerana malu dengan keadaan ini,  mukanya berpaling kearah belakang.  Biasanya berkeliaran di waktu petang. Paling ditakuti oleh kanak-kanak ketika itu bilamana hantu ini menangkap kita dia akan sorotkan di bawah kopeknya yang lanjut itu.  Dua tiga hari orang kampong cari tentu tak jumpa….hee3 seronok juga kalau begitu ye.  (Kopek = buah dada )

~~~bersambung~~~

Rabu, 20 April 2011

Nama-nama Hantu

Cerita dari arwah ayah yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan berbagai jenis hantu.  Ada setengah cerita nya diceritakan oleh kawan-kawannya.  Masa kecik dulu, arwah dan kawan-kawan hanya berborak diberanda rumah je, tidak macam sekarang mesti dikedai kopi.
Jadi aku banyak jugalah dengar cerita-cerita dia orang.  Cerita hantu akan menjadi tajuk yang mesti diperkatakan. Mungkin untuk menakutkan rakan-rakan yang akan pulang nanti. Dari perbualan mereka itu aku dapat mengingati beberapa jenis hantu.

Hantu Raya



Hantu yang paling popular diperkatakan…Menurut cerita selain dari dapat menyerupai manusia ia juga boleh menakutkan manusia dengan usikan dan jelmaan yang menyeramkan umpamanya melindungi laluan dengan ‘buahnya’ yang besar.  Pokok kayu yang menunduk hingga ke bumi, menabur pasir dan berbagai kerenah lagi.
‘Kebaikan’ membela hantu ini juga untuk menjaga kepentingan tuannya seperti menjaga harta dan ‘pelindung’ keluarga.  Inilah zaman jahiliah masyarakat kita.

Hantu Pari

Baunya yang semerbak. Banyak menyerupai perempuan cantik dan menggoda lelaki hidung belang hingga ke’ bilik tidur’ padahal itu semua hayalan simangsa sahaja dan seterusnya membawa kepada aib diri sendiri selepas diperdayakan oleh iblis ini.
 Awaslah kalau berjumpa perempuan cantik beserta bau yang harum. Anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.

Hantu Bungkus


Nama lain bagi pocong.  Hantu ini biasanya berjalan terhinyut-hinyut,  melompat, bergolek dan ada juga yang melayang.  Pernah diceritakan oleh arwah ayah yang dia sendiri pernah berjumpa sewaktu pulang dari rumah kawan. 
Ceritanya lagi, waktu itu lebih kurang pukul 1.00 tgh malam tak lojik dik akal ada orang sedang mengusung jenazah.  Ayah bertanya sendiri siapa yang mati. Dari ramai-ramai orang akhirnya tinggal 4 orang yang mengusung keranda.  Ayah merasa pelik, belum habis berfikir tak semena-mena tinggal dua orang yang mengusung dan seterusnya tinggal seorang duduk ditengah-tengah keranda dan membawa jenazah ke atas pokok. 

Hah!! Hantu bungkus…ayah terus berlari sekuat hati.
                                                              

  ~~~~bersambung~~~
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template