Ahad, 17 April 2011

Asthalin HFA Inhaler

Hari ni MC....kurang sihat tahap tinggi.
Masih mampu bawa kereta ke klinik.
Tapi klinik kerajaan, nak jimatkan kos.
Klinik taraf pusat kesihatan kecil.
Jimatlah 2-3 hari buat beli nasi berlauk pagi.

Sampai pukul 8.00 pagi rupa-rupanya orang dah ramai.
Kerana penyakitku ini agak serius, dapatlah jumpa HA dulu.
Adusss, kenapa jadi begini.....


Mengikut adatnya, anak-anak yang kena penyakit ni kerana mereka pangkat cucu.
Aku sepatutnya tidak kena..his tak percayalah.
Terpaksa menghadap teropong bagi senang nak bernafas.
5 minit selesai dan selesa.
Pegawai bertugas suruh pula jumpa  Dr bertugas untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ambil ubat dan surat cuti.

Tunggu sampai 3 jam baru dapat jumpa Dr.
maklumlah ramai sangat...sabar je lah.
Kalau klinik swasta gerenti cepat walau pun orang ramai.

Tapi aku puas hati kerana Dr. memeriksa dengan teliti.
Kalau Dr. swasta kerana nak mengejar bilangan pelanggan hanya sekadar tanya penyakit dan bagi ubat.
Terima kasih tuan Dr. atas keperihatinanmu itu.



Banyaknya ubat......


Eh...apa ni Pak Nidus?
Inilah penyakit baru aku.....sepatutnya ini tak terjadi tetapi Dr. yang mengesahkan aku terpaksa pakai benda ni ( memang pun patut,  umur dah melebihi separuh abad ).  Percayalah dalam hidup ini hanya beberapa kali je aku mengidapnya. 

Kata pegawai farmasi yang menunjuk cara penggunaannya kerana ini kali pertama aku dapat."...En. Nidus pakailah bila perlu, lepas tu simpan je lah kalau tak mahu pakai, tapi ingat benda ni boleh membantu En. daripada terus  kojol..."hee3.  Terima kasih semua. 



Selasa, 12 April 2011

Nostalgia Bola



Perlawanan bolasepak antara Kelantan dengan Perak malam ini yang pastinya menarik.  
Semua aktiviti malam ni kena KIV  untuk mengadap TV. Nak mengulas tentang bola ni bukanlah pandai sangat cuma nak ceritakan di sini pengalaman menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Perak pada tahun 1974 di Kota Bharu.


Pada masa tu umur baru 14 tahun.  tiket harga 50 sen je, berseluar pendek, main waktu siang. Stadium Sultan Muhammad belum ada astaka lagi, masih dalam pembinaan. Apa yang menarik nak diceritakan ialah perlawanan pada hari tu pengadilannya berat sebelah, menyebelahi pasukan Perak. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengadil.
Kerana tak tahan dengan kerenah tersebut para penonton secara spontan meluru ke dalam padang beramai-ramai. Pada masa tu ketinggian pagar stadium paras pinggang je.  Suasana sudah terkawal lagi...kelam kabut, perlawanan dihentikan.  Kemarahan penonton  tertumpu ke arah pengadil yang sudah sedia maklum berlari ke bilik persalinan. 
Apa yang berlaku seterusnya tak dapat diketahui kerana Pasukann FRU telah melepaskan gas pemedih mata diseluruh pelusok stadium.  Terkejut dengan keadaan tersebut di mana ramai yang tertiarap ditengah padang menahan kepedihan gas.  Nak keluar stadium pintu masih berkunci, mujurlah pagar kayu tempat pembinaan astaka dapat dirobohkan.  


Dulu...hanya pagar kayu sebelum astaka siap tahun 70an


Semua berlari ke arah bandar, tapi masih kena kesan gas pemedih mata.
Itulah pengalaman pertama merasai kepedihan gas tersebut.  Apa yang berlaku selepas itu tak dapat dipastikan .
Kesan daripada itulah semua stadium diwajibkan membina pagar yang tinggi melepasi paras kepala.  


Kenangan hampir 40 tahun itu masih terlekat lagi dalam ingatan. Semoga perlawanan malam ini dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. 

Selamat menonton.

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template