2 1
Ini bukan keputusan Piala Liga atau Piala Malaysia. Orang Kedah janganlah pulak berkecil hati dengan keputusan 2-1 ni. Mereka patut berbangga dengan keputusan ini. Warna pun dah sama merah. Semerah hati.
Esok Pak Nidus akan ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan di antara anak sepupu dengan orang Jitra. Ini merupakan kali ketiga Pak Nidus mengeratkan talian kasih antara 2 negeri. Sebelum ini dah dua adik Pak Nidus berkahwin dengan orang Kedah.
Jodoh pertemuan, Tuhan tentukan.
Tidak ada soal batas kenegerian atau pun orang luar dalam kamus bertemu jodoh ini. Kita terimalah dengan penuh keredhaan dan bersyukur kepadaNya.
Hmm...maksud 2 tu ialah adik Pak Nidus lelaki dan 1 itu anak sepupu perempuan yang berjaya ditawan oleh jejaka Kedah. Kan betul begitu.
Sesiapa yang pernah mengikat tali silaturrahim dengan orang Kedah, sila angkat tangan.





