Kita manusia pun adakalanya macam ia juga, ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Aku minta maaflah ya kereta.
Kereta ni semalam buat onar, water pump bocor. Nasib baik mekaniknya adik sendiri, dapat diselesaikan segera. Alang-alang dah masuk bengkel semua kerosakan yang kecil2 juga dibaiki. Dari water pump ke tukar minyak enjin, minyak auto dan filter, brake dan juga bering.
Terkejut juga tengok bilnya. Mahu juga dekat 1K.
Boleh bagi tabik spring kat pomen ni. Tak pernah tengok bagaimana cara mengisi semula air ke dalam radiator. Cara mudah katanya nak tahu cylinder head ‘nyetok’ atau tidak.
Kerja tanpa henti dari petang hingga tengah malam
Macam aku pulak pomen….heee3.
Dah pukul 1.00 pagi. Aku balik dululah pomen. Esok kita selesaikan semua.
"Opp...tunggu dulu. Esok kena tukar keempat2 tayar ni, semuanya dah hampir botak".....toing!




