Rabu, 3 Mac 2010

Mama Hagemaru letih


Kata anak-anak, Makcuku macam mama Hagemaru. Kalau mintak 50 sen, mama bagi 30 sen. Kalau denganku......mintak 50 sen aku kasi RM1. Bukan apa......kasiannnnnnnnn. Oleh sebab itu anak-anak kata mamanya 'kupit' atau cermat macam mama Hagemaru. Kata Makcuku, bukan cermat tapi berjimat.

Berdasarkan bukti di bawah nyatalah kata-kata anakku hampir tepat.

Ini bihon tomyam yang diorder oleh Makcuku. Habis semangkuk.


Ini pula Mee Lakna yang dipesan oleh anak bongsuku. Mama Hagemaru yang tolong habiskan.


Pulut pauh adalah makanan kegemaranku tetapi cuba tengok, siapa yang sudahkan. Mama Hagemaru jugak.




Ini dah lebih........kentang goreng pun nak diselesaikan . Alahai Mama Hagemaru.


Akhirnya Mama Hagemaru letih. Bukan kerana tak makan tetapi kerana terlebih makan. Apabila aku bersungut, Makcuku kata tak baik membazir. Itu amalan syaitan.

Makanlah Makcu, sebelum kamu 'dimakamkan'.

Selasa, 2 Mac 2010

Nyocoh


Kalu disuruh teka pun aku rasa ramai yang tak terjawab apa benda ni kecuali penghuni Anjung Selasih. Benda ini asalnya berwarna kekuningan dibuat dari kayu nangka yang direncong dan dilarik serta dibentuk mengikut citarasa pemakainya. Kalau dikira umurnya sudah melebihi 20 tahun. Tiga kali berpindah rumah namun ianya aku jaga seperti menjaga barangan yang lain. Sayang..... sangat!
Anak-anakku tahu benda ni boleh menyebabkan mereka semua 'takut'. Nasiblah siapa yang akan aku suruh mengerjakan benda ini. Sekarang dengan jasanya yang begitu lama berkhidmat untuk tuannya, ia sudah berubah kehitaman tetapi semakin menyerlah kehebatannya. Saiznya kecil sahaja. Cuba bandingkan dengan hand phone ni. Kecilkan?




Tapi 'bisanya' hanya orang yang berani sahaja dapat merasakan.

Dengan menggunakan benda ini, ianya dapat mengubati berbagai jenis penyakit seperti ;

~ Pening kepala (migrain)
~ Darah tinggi
~ Jantung
~ Seduang
~ Panas dalam
~ Uluran
~ Asma
~ Sakit sendi, sakit pinggang
~ Gangguan ginjal
~ Asam urat
~ Gigi bengkak
~ Diabetes
~ Susah buang air besar
~ dan lain-lain kecuali perut buncit (tak ada ubat ler)

Aku namakan ia 'Kayu Nyocoh'. Cara menggunakannya ialah dengan menyocoh pada kaki kita. Mudah faham kita panggil refleksi atau masag kaki.

"Hoo aloh, kalu royat ta'di lagi tidoklah mmikir kut laing. Celakak eh!"




Ini ialah tukang 'cocoh' yang paling kecil di Anjung Selasih.










"Cocoh Yeh, ayoh bagi serial"








Dua tahun lepas aku pergi ke Chiang Mai, kata pemandu pelancong siapa-siapa yang pergi masag kaki ia boleh menggelakkan daripada terkena kencing manis. Betul ke?
Yang pasti setelah lebih 20 tahun nyocoh ni berkhidmat untukku, glukos aku cuma 3.8 - 5 sahaja. Mudah-mudahan selamat.
 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template