Ahad, 29 Januari 2012

Aduhai Makcu....

Terima jemputan tuan tanah kedawung.....
Aku dan Makcu dibawa ke lokasi yang dijanjikan di daerah Machang berdekatan dengan UiTM Machang mukim Ulu Sat. Sekadar nak tengok kawasan yang sebelum ini hanya lihat pada gerannya sahaja.


Untuk membina rumah  pada waktu terdekat ini rasanya tidaklah.  Kenapa?......


Belum ada pembangunan disekitarnya.........

Ini adalah salah satu tumbuhan liar yang ada........pokok apa yer?

Nama pokok ini ialah kemunting.
"Oooo....macam ni pokok kemunting....."tanya Makcu lagi.
"Boleh makan ke buahnya......." laaaa.

Demo  kenal ke buah kemunting?......"Dok".
Hee...Makcu.

Nih buah dia kalu nak kenal....


Tapi buah masih putik lagi....kalau dah masak berwarna hitam, manis.

Aku sendiri pun dan berpuluh tahun tak tengok dan merasa buah kemunting ni, seingat aku buahnya memang manis dan sedap dibuat jem.

Kami meninjau ke kawasan sekitarnya.  Kata tuan tanah ada anak sungai dihujung sana.....


Tinggi teh angkat kain tu Makcu.....

Tiba-tiba ...."Eh Yeh!!!!  tepi...tepi ada cacing dalam air tu.....Ooooo lajunya".
Haa...haa...haa.....info yang salah tu Makcu.

"Kenapa Pak?"  Mana ada cacing boleh berenang dalam air.
"Habih, menatang apa?"
Kalu Makcu nak tahu dalam bahasa orang putih dia panggil LINTAH.


Makcu tak nak mengalah.....
"keciknya lintah"......Dia jadi besar lepas hisap darah orang. Nak besar lagi kena cari lintah kerbau, iaitu yang hisap darah kerbau. " Ooo begitu".

Syukurlah aku dilahir dan dibesarkan dengan suasana kampung.  Rupa-rupanya biasa bagi kita, pelik bagi orang lain.  Janganlah sampai ada orang yang bertanya bagaimana rupa pokok ETAK......Aduhai Makcu ku.

Khamis, 26 Januari 2012

Sivik , tatarakyat , moral ....serupa jah.

Ingat masa sekolah rendah dan menengah era 60an dan 70an.  Mata pelajaran sivik dan lepas tu tatarakyat dan seterusnya pendidikan moral diajar kepada murid-murid dengan berbagai etika dan adab sopan juga tata susila.  Objektif pengajarannya akan lahirlah insan-insan yang berdisplin, berbudi bahasa dan berbagai nilai-nilai murni.  Lihatlah gambar yang sempat dirakam semasa di Tesco Kota Bharu.

Troli dibiarkan berada ditengah laluan oleh orang yang taada sivik.


Inilah tempat yang sepatutnya....itupun tak teratur.

Orang tua kata lama hidup banyak pengalaman....betullah tu.  


Seingat akulah.......
Era 60an dengan demam pop yeh-yeh....berseluar ketat, berkaca mata hitam, menari melompat-lompat gaya twist dan juga a go go.  Namun begitu tidak menyusahkan orang.  Kalau dingatkan ketawa sendiri.


Era 70an dah ada mat-mat motor......bunyi ekzos yang memekakkan telinga dengan asap yang keluar dari enjin 2 Lejang menyesakkan nafas.  Nak marah memang ada tapi tidaklah sampai tahap gaban


Era 80an muncul pula mat-mat rock dan mat-mat dadah sealiran dengan pengaruh muzik rock dan saki baki hippis era woodstock 60an dan 70an.  Kehidupan dah mula tidak tenteram, gejala sosial mula meningkat. Mat rempit belum muncul lagi, yang ada mat scrambler termasuk aku....hee3.


Era 90an aku sendiri pun dah tua masa tu, tak ikut perkembangan anak-anak muda. Yang nyata masalah sosial semakin meningkat. Pembuangan bayi mula berlaku . Kes rogol, kes samun dan macam-macam kes yang memeningkan kepala para  pemimpin masyarakat dan negara.


Sekarang masuk era millenium, kita lihatlah sendiri .  Apa yang  ingin diterapkan melalui dasar pendidikan sekarang masih belum berjaya ataupun semakin jauh dari berjaya. 
Rasa marah, kesal, kecewa.....itulah yang terjadi.  


Adakah 'Esok Masih Ada' seperti filem Jins Shamsuddin.

Selasa, 24 Januari 2012

Perwiraku.....

Memori Daun Pisang?????

Memori semasa menghantar anakanda ke 3 Muhd Akif Syazwan di perhentian bas Tesko Kota Bharu untuk berlepas  ke PLKN Baling. 
 Memang dalam hati kecil ini sering tertanya-tanya bagaimana latihan yang dijalankan di sana.....teruk sangat kah?.....ada raging ke?....cukup makan ke? dan bermacam-macam lagi. Tapi bila ditanya semasa dia balik bercuti  CNY katanya memang suka berada  di sana....semuanya OK.  Kita sebagai ibubapa ni pun tumpang gembira.


Sebagai sokongan moral kepadanya, semua adik beradik pergi menghantar di stesen bas walaupun hari tu hujan turun tak berhenti.



Siap dengan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.....syabas anakku, inilah bakal-bakal perwira negara.



Bye....Selamat jalan dan Selamat berjuang.


 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template