Kebetulan hari ni taada program dan anak-anak semua ada kat rumah, Makcu cadangkan kita orang semua ronda-ronda Kota Bharu. Katanya ada pameran Proton kat Stadium Sultan Muhammad IV , bolehlah tengok model kereta Tuah, Jebat dan seterusnya lagenda Melayu tu.
Sebelum tu kita makan dulu…..
“Ehhh…ini restoran yang Mazidul datang tuu…” kata si Yeh.
Inilah Restoran Nasi Ulam Cikgu yang tersohor itu.
Memang masa ni, lebih kurang jam 2.00 tiada tempat kosong hingga ada yang berdiri sementara menunggu yang lain selesai makan. Pak Nidus bernasib baik kerana di bangunan satu lagi ada satu keluarga baru saja selesai makan.
Menu ringkas je...ikan patin, ikan keli, ayam dan tidak ketinggalan budu dan ulam...
Hidangan untuk 7 beranak.
Kos untuk 8 pinggan nasi, 3 ketul ayam, 3 ekor ikan keli, 1/2 ikan patin, budu+ulam+ikan tawar, sayur lemak dan 2 teko air bandung+sirap.
Selesai makan kita bercadang nak ke pameran Proton tapi jalan dalam bandar sesak teruk, jadi kita ubah rancangan ke Mydin hypermarket Kubang Kerian. Juga jalan sesak sehingga perjalanan 7 km mengambil masa hampir 1 jam. Mungkin semua nak membeli belah menjelang sesi persekolahan tak lama lagi.
Badan pun dah rasa penat jam 6.00 terus pulang ke teratak Anjung Selasih kami.
6 ulasan:
Berbaloi sungguh makan dgn kos begitu :)
Hairil,
...dan kelima2 hulubalang Melayu ada bersama.
Memang sungguh murah harga makanan itu. :)
salam pak nidus
berbaloi kan.... ? susah nak dapat harga makanan yg murah cam tu dah sekarang ni... serba serbi dah mahal...
Kakcik,
Murah dan sedap....
Manje,
Salam...Memang berbaloi.
Kerana murahlah ramai pengunjung suka ke sini tak kira bangsa.
Makan kat mana pun sedap kalau bersama keluarga.
Kalau makan dengan kekawan laaaagi sedap..hehehehee,tu kata boh ambo laa.
Catat Ulasan