Kalau nak dikira ada lebih kurang 20 helai. Tadi semasa nak bersiap-siap ke masjid tercari-cari dimana letaknya kain pelikatku yang bewarna cokelat . Bukan taada kain pelikat lain tapi nak matching dengan baju melayu.
Kerana dah lewat jadi pakai je lah mana yang ada.
Dalam masa nak ke kereta baru perasan rupa-rupanya 4 beradik ni yang kebas. Sudahlah dulu seluar kecik aku dia orang juga yang ambil. Mujur tak ambik yang Mama punya. Harulah jawabnya.
Begitu juga dengan motor dan kereta, masing-masing ada hal nak guna. Remote astro hancur dah sekali kerana berebut nak pilih channel kegemaran, ada nak tengok bola, ada nak tengok movie, sibongsu nak tengok katun dan Mama dia nak tengok Bollywood.
Itu baru 5 anak lelaki, tak tahulah bagaimana kalu ada 10.
Rupa-rupanya begitulah agaknya ibubapa kita dulu, macam Pak Nidus ni ada 7 adik beradik lelaki dan 2 perempuan.
Bersabarlah untuk seminggu lagi sebelum dia orang balik ke kampus dan juga asrama.
Masa tu barulah tahu bila tinggal 3 beranak….Heee3.
Kain pelikat masih ada sekerat almari lagi...sapa2 yang datang ke rumah, Pak Nidus bagi satu. Ambil jangan tak ambil.
4 ulasan:
ayoh, bnyk stok kain pelikat... =)
kain batik@sarong xdok k? hehe...
Kita serupa. time ramai gak,celik mata perang gege gegok..pah tu bila x dok belako sunyi pulak..mula lah duk nyaru ko pok dio..hehehe...
Hahahaha...lucu gak nih :)
Atik,
Kito xdok anok tino...Ma dia pakai skirt....haa3.
Kak Hani,
Lepah ni boleh main nga cucu pulak..sian ko Pok dio....haa3.
Hairil,
Kemana menghilang ni?...
kisah anak laki2 memang tak habis nak cerita.
Catat Ulasan