Sebenarnya bukan kemiskinan yang menyebabkan kita bersila tatkala menjamah hidangan makan malam kerana hanya pada waktu inilah kita semua dapat berkumpul dan makan BERSAMAMU duhai anak-anak…..
Apabila BERSAMAMU, meja berkerusi 6 tidak memadai kerana kita sudah bertujuh sekarang. Bukan ayah tak mampu nak beli meja berkerusi 8 tapi ruang dapur agak sempit.
Seronok jugak apabila dapat BERSAMAMU pada musim cuti sekolah begini, Kamu pun sudah melebihi ketinggian ayah dan makan pun berselera betul. Kita berlumba-lumba untuk “ternak body”.
Nah, tengok! Apa yang ayah beli ketika BERSAMAMU? Makanan ini tidak pernah ayah nikmati semasa ayah diusiamu .
8 ulasan:
Sesekali dapat makan bersama, walau dengan duduk bersila...kemesraannya jelas terasa... :)
nampak budu dgn lada, terus nak tus rase air liur...
p/s- sampai skang lebih selesa 'BERSAMAMU'
Bahaya mkn bersila ramai2 cenggini..tau ke apa yg bahaya tu? Bahaya sbb pintu selera akan terbuka,maka mkn pon bertambah2..;)
sedapnyah budu...
lapa lalu sero...
Adusss, baru boleh ngadap komputer...
Kakcik'
Yaalah Kakcik, Pak Nidus kalau bukan cuti sekolah hanya bertiga je.
Memang seronok walaupun bersila.
Piewahid,
Betul ke ni boleh makan budu...Jeles dengar ayat hujung tu....'BERSAMAMU'.
Sally,
Buka sekolah nanti boleh tengok perut Pak Nidus yang bertambah boroi ni...
Cheqna,
Pak Nidus pun lapa pulok doh ni...Malam ni menu udang chelor cicah budu....fooyoo.
nice n3 ayoh... =)
quote for the n3: Jika Miasara ada papadom, kamu ada papadus... =)
Saya mmg suka makan bersama sambil bersila ni.
Dulu masa kecik-kecik, arwah ayah mmg ajar kami semua makan malam bersama. Kalau weekend, mesti lunch dan dinner bersama. Lebih mesra!
atik_yummy,
Terima kasih daripada Papadus...hee3.
Hairil,
Yalah...masa beginilah dapat bertanya khabar itu ini dsbnya.
Catat Ulasan