Dalam usaha menjaga kesihatan pada usia separuh abad ni, banyak amalan dan juga petua-petua yang telah diamalkan selain menjaga kesihatan yang lazim mengikut perubatan sekarang. Ini termasuk juga senaman-senaman yang telah diajar oleh orang-orang tua dulu.
Setelah 20 hingga 30 tahun kemudian baru nampak keberkesanannya. Secara ringkasnya amalan minum air suam semasa bangun dan sebelum tidur, petua semasa makan jangan minum air sebelum selesai makan, amalan membuang air kecil/besar dan banyak lagi.
Senaman ringkas seperti senaman hulubalang, geliat harimau/kucing, regangan dan sebagainya.
Satu lagi amalan yang dapat menghindar dari sakit tulang belakang, buasir, semput, uluran dan sebagainya ialah urut tapak kaki.
Mengurut tapak kaki atau reflexologi merupakan amalan yang sekarang telah dikomersalkan dengan penciptaan alatan moden yang banyak terdapat dipasaran sekarang.
Diantaranya yang Pak Nidus guna:
Pemberian dari kawan
Yang paling mujarab. Nyocoh
Selamat mencuba dengan tanggungan sendiri.
5 ulasan:
hohoho semua alat moden keculli yg kayu tu..hahah
Salam,
Untuk apa "nyocoh" tu.. nampak pelik je..
Saya sangat percaya dengan amalan minum air. Sebenarnya tidak kira air mati atau air bertapis akan memberi kesan yang baik pada tubuh..
Seorang kawan, kencing manis.. diamalnya minum banyak air.. sekarang dah ok..
Marina,
Kayu nyocoh kaki tu.
Unik dan Klasik. Nak try sila datang ke rumah....hee3.
En. Mohamad,
Nyocoh untuk mencari poin saraf di kaki. Bagi yang pakar, tak perlu masag seluruh tubuh.
Pak Nidus memang amal minum air sejak muda lagi hingga sekarang dan memang OK.
Pak Nidus..buat la entry ttg amalan-amalan tu dgn terperinci. Kalau tak diturunkan pada yg muda, camne nak diwarisi semua tu.
Betul tak?
Hehe!
Hairil,
Pengerasnya mahal sangat....haa3.
Nantilah masa yang sesuai.OK
Catat Ulasan