Cerita dari arwah ayah yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan berbagai jenis hantu. Ada setengah cerita nya diceritakan oleh kawan-kawannya. Masa kecik dulu, arwah dan kawan-kawan hanya berborak diberanda rumah je, tidak macam sekarang mesti dikedai kopi.
Jadi aku banyak jugalah dengar cerita-cerita dia orang. Cerita hantu akan menjadi tajuk yang mesti diperkatakan. Mungkin untuk menakutkan rakan-rakan yang akan pulang nanti. Dari perbualan mereka itu aku dapat mengingati beberapa jenis hantu.
Hantu Raya
Hantu yang paling popular diperkatakan…Menurut cerita selain dari dapat menyerupai manusia ia juga boleh menakutkan manusia dengan usikan dan jelmaan yang menyeramkan umpamanya melindungi laluan dengan ‘buahnya’ yang besar. Pokok kayu yang menunduk hingga ke bumi, menabur pasir dan berbagai kerenah lagi.
‘Kebaikan’ membela hantu ini juga untuk menjaga kepentingan tuannya seperti menjaga harta dan ‘pelindung’ keluarga. Inilah zaman jahiliah masyarakat kita.
Hantu Pari
Baunya yang semerbak. Banyak menyerupai perempuan cantik dan menggoda lelaki hidung belang hingga ke’ bilik tidur’ padahal itu semua hayalan simangsa sahaja dan seterusnya membawa kepada aib diri sendiri selepas diperdayakan oleh iblis ini.
Awaslah kalau berjumpa perempuan cantik beserta bau yang harum. Anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.
Hantu Bungkus
Nama lain bagi pocong. Hantu ini biasanya berjalan terhinyut-hinyut, melompat, bergolek dan ada juga yang melayang. Pernah diceritakan oleh arwah ayah yang dia sendiri pernah berjumpa sewaktu pulang dari rumah kawan.
Ceritanya lagi, waktu itu lebih kurang pukul 1.00 tgh malam tak lojik dik akal ada orang sedang mengusung jenazah. Ayah bertanya sendiri siapa yang mati. Dari ramai-ramai orang akhirnya tinggal 4 orang yang mengusung keranda. Ayah merasa pelik, belum habis berfikir tak semena-mena tinggal dua orang yang mengusung dan seterusnya tinggal seorang duduk ditengah-tengah keranda dan membawa jenazah ke atas pokok.
Hah!! Hantu bungkus…ayah terus berlari sekuat hati.
~~~~bersambung~~~
8 ulasan:
fuh. mujo ambo duk di pitu geng, buke salor. salor bnyk hatu...herrr~
pernah dengar crita & sejarah asal usul hantu ko*** lanjut? huhuhuhu
abdul: duk pitu geng alik mano? saya duk taman guru
eelobor,
Nok buat n3 hantu kopek lanjut lepah ni..
Abdul tu anok Pak Nidus....Malah nok royat lagi sbb dekat bedooh, kalu royat gerenti tahu....haa3. Taman guru lorong mano?
Alaa...kena tunggu sambungan ke Pak Nidus?
Apa-apa pun, hantu yg paling saya takut masa kecik kecik ialah pocong dgn penanggal. Seram betul rupanya!!
Hairil,
Ini true story tau....yang empunya cerita ayah sendiri.
Tunggu sambungan nanti.
alamak...den berapa nak gemar citer2 hantu ni...sebab den alami kejadian ngeri pasal ni....
Engkau Hang Jebat tentu berani dengan hantu.
Pak Nidus setakat bercerita bolehlah, hakikatnya penakut...hee3.
ada seorg kwn sy,t'nmpk jelmaan seorg pmpn yg sgt cntik.dia smpai jtuh ht pd 'pmpn' tu.dia bt apa shj yg 'pmpn' tu suruh.
Catat Ulasan