Cynometra Cauliflora
Itu nama saintifik....kalau di kampung aku orang panggil buah katak puru.
Buah katak puru merupakan sejenis buah dari spesis pokok herba, kata orang boleh buat ubat darah tinggi. .Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan dengan rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Pak Nidus memang tak berminat dengan buah asam macam ni...hee, tak boleh langsung nak letak dalam mulut. Mungkin kerana itu anak-anak Pak Nidus semuanya lelaki. Habis kenapa ditanam? Orang tua-tua cakap sebagai tanda kita menduduki sesebuah rumah, tanamlah apa-apa pokok samada kelapa, durian dan sebagainya. Pokok ini emak yang tolong tanamkan.
Umur pokok ni dah hampir 13 tahun
Sekali pandang memang macam si katak puru...dua kali pandang macam karipap pun ada.
bagi yang berminat rupa tak jadi masalah, rasanya yang masam-masam kelat campur sedikit manis itu yang penting.
Di tempat lain orang panggil apa ye?
Lompat si katak lompat.................
9 ulasan:
Uih, tak pernah jumpa la Pak Nidus...
tak pernah nampak lah pokok ni pak nidus....baru jer kenal ni...ahakz
kat belakang rumah sy ada lagi pokok ni..dari saya kecik lagi..x menopos pun lagi
Hairil & Jebat,
Kalau macam ni Pak Nidus kena buat n3 berkaitan dengan pokok buahan tempatan yang hampir pupus untuk generasu muda macam kamu ni.
Mimie CC,
Alahai...pokok pun datang period juga ye.
eh sedap buah ni pak nidus. tp malangnya dh hampir pupus. kwn2 saya ramai yg xtau buah ni. kat rmh ada juga tp buah dok tubit2..
Di kawasan saya buah ini panggil buah Nam-Nam (di Tanjung Keramat, daerah Hilir Perak)
Saya suka makan buah ini, terutamanya yang masak, mesti berebut dengan adik-adik. Tapi sekarang pokok dan buah ini susah hendak ketemu, banyak orang sudah tebang pokoknya, sungguh malang.
p/s: Saya takkan lupa rasanya yang masam-masam manis itu, kegemaran saya buah ini. =)
Marina,
Bak po tok tubitnyo, ko dok kutir dio...Nak makan datanglah kat rumah Pak Nidus ye.
Salam anakanda Zul,
Nanti ayahanda perkenalkan buah yang lain pula, mungkin ia sudah pupus sekarang.
Pak nidus,
sama seperti Jamal, saya di utara pun panggil buah nam-nam
Catat Ulasan