Hantu Mat Gobeng
Orang tua-tua selalu menakut-nakutkan budak dengan mengatakan ..hah, pergilah ada hantu Mat Gobeng tuh. Macamana rupanya tak terlintas pada fikiran aku tapi yang nyatanya ia tentu menyeramkan.
Hantu Air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.(sumber google)
Cerita ayah, pernah terserempak ketika hendak mandi di sungai waktu subuh…seorang perempuan sedang mandi seorang diri, bila ditegur ia menghilang diri.
Cerita dari datuk saudara , pernah berjumpa dengan hantu air ini ketika dia mengambil wuduk di sungai ….tiba-tiba dia melihat dalam kesamaran subuh kelihatan air bewarna hitam. Bila diperhati betul-betul rupanya rambut yang panjang dari hulu sungai dimana hantu tadi sedang mandi.
Pernah seorang kawan masa kanak-kanak dulu berenang ketengah sungai untuk mendapatkan acak yang hanyut, bila balik ke rumah dia terus demam untuk beberapa hari sehingga terpaksa panggil bomon untuk memulihkannya.
Bunyinya lucu, tapi kalau disebut dengan namanya mahu terkencing. Arwah ayah menceritakan hantu ini adalah seorang perempuan yang kopeknya tersangat lanjut. Kerana malu dengan keadaan ini, mukanya berpaling kearah belakang. Biasanya berkeliaran di waktu petang. Paling ditakuti oleh kanak-kanak ketika itu bilamana hantu ini menangkap kita dia akan sorotkan di bawah kopeknya yang lanjut itu. Dua tiga hari orang kampong cari tentu tak jumpa….hee3 seronok juga kalau begitu ye. (Kopek = buah dada )
~~~bersambung~~~
10 ulasan:
"panjangnye kopekk.." kata pak abu dalam filem hantu kak limah balik rumah...
hatu kopek lanjut, hatu paling sohor! haha. hatu bokbong xdop ko?
owwoh.... klu bab2 gni cpt bena abe komen... hahaha...
ngah, ado kot hantu bokbong... kuat tdo... kui3...
Abe,
Hah, kena tengok filem tu...serupo nga cerita ayoh.
Abdul,
Ado...nati ayoh buat n3 pasal tu.
Atik,
Hantu Bokbong ni...sapo dio ore kato dio bokbong, diolah hantunya.....haa3.
hantu mat gobeng tu gapo pak nidus ? hantu jenis gano ?
dan lagi satu , cerita pak nidus terserempak dengan hantu bila plak ?
Emat,
Pak Nidus perabis cerito orang dulu, lepas tu baru hak sediri....hee3.
ayoh keno tengok cito tu.. panje sunggoh kopek dio.. siap buleh cuit2 bahu ore lagi... maso dio nok tubik ngosek, coli terbang merato2..hahahaha..
apa yg seri=onok tu pak nidus...leh detail kan sket....ahakz
Seram kalau tinggal sorang sorang kat hotel ni, takut mimpi hantu, eee..
Jebat,
Dah gaharu cendana pulak...
Xaturen,
Lama tak berkunjung kat sana....
Hotel Kota Bharu lagi ke?
Catat Ulasan