Sambutan tetap berjalan seperti biasa, ada makan-makan dan juga hadiah. Sebagai kanak-kanak sudah tentu barang permainan tidak boleh dilupakan.
Hmmm....Kenangan datang kembali dah...
Semasa umurku sebaya, tidak pernah ku merasakan begini. Beruntung kau Yeh dan juga anak-anak sekarang. Tiba je hari jadi sudah tentu ada hadiah dan juga ucapan.
Sejak dari anak sulong hingga kepada Yeh, setiap kali aku beli permainan untuk mereka aku terlebih dahulu mencubanya kerana nak lepas gian masa budak-budak dulu. Maafkan ayah ye...
Seronoknya main kereta pusing-pusing...
Tak sedar rupanya si Yeh sedang memerhati,
Hah...nak kena tembak ayoh ni...
Dapat baju baru, pistol, kereta funfair, tuala mandi, alat tulis, buku cerita dan
topeng hidung besar ala-ala Ahmad Nisfu,
Biarkan mereka bergembira, kerana ini ada dunia kanak-kanak...Aku yang tua ini hanya berdoa agar anak-anakku bila besar nanti jadilah orang yang berguna kepada agama, kedua ibubapa, bangsa dan negara.
Rupanya duniamu dan duniaku adalah sama...TIDO
5 ulasan:
SALAM,
KITA MENYAYANGI DAN MEMBERI PERHATIAN KPD MERERA. INSYAALLAH, MEREKA JUGA AKAN MENGAMBIL BERAT TENTANG DIRI KITA WALAUPUN BUKAN ITU BALASAN YANG KITA PINTA.
tumpng main yg anak2 punya pun xpe pak nidus hehehe
Biarkan dia menikmati zaman kanak-kanaknya pula. Zaman berubah...kanak kanak skrg mmg lebih beruntung...mungkin?
Dato' LF, Marina & Hairil,
Tumpang gembira dengan telatah anak-anak. Tambah lagi Yeh sorang yang tinggal bersama dengan kami bila abang-abangnya balik ke asrama.
asslmualaikum...
sian yeh kan... ayah lupa eh...
seronok tgk ank2 gembira kan... lupa segala masalah dunia... ~
Catat Ulasan