Sabtu, 19 Disember 2009

Peristiwa 6.45pagi 19/12/09 di Stesyen KTMB Seremban

Aku kira perjalananku ini dapat merakamkan kenangan manis atau setidak-tidaknya mengisi 'keboringan' sepanjang cuti sekolah ini. Perjalanan dengan keretapi ini adakalanya suka, adakalanya membosankan tetapi perjalanan yang bermula di Pasir Mas ini sungguh tidak terduga difikiranku begini akhirnya. Aku sempat merakamkan beberapa photo untuk tatapan, akhirnya kubatalkan kerana aku tidak sanggup untuk mengenangkanya entah sampai bila. Ringkasnya begini....Sesampai di Stesyen Seremban aku, Zaidey dan seorang guru bersama anak lelakinya turun dari koc ke platfom, hanya kami berempat sahaja yang turun dari koc di belakang, siibu dihadapan dan sianak yang baru berumur 3 tahun dibelakang. Keretapi hanya berhenti 2 minit sahaja. Ada seorang tua menghisap rokok dilaluan mengganggu kelancaran kami untuk turun. ,.;'[&<~ bengong punya orang tua. Ya Allah.....sianak terjatuh ke landasan, aku, Zaidey terkejut, hendak ditarik tangan budak tak kesampaian, masa semakin suntuk, aku lihat pengibar bendera hendak mengangkat isyarat berjalan, aku kira tak sempat hendak berlari memberitahunya. Dalam situasi sedemikian......subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...Allahuakbar...Zaidey sempat memegang baju dan terus menarik budak ke atas. 20 saat kemudian keretapi terus bergerak......... Tuhan masih menyayangi hambaNya...Aku, Zaidey bersyukur yang amat sangat, tak terkata....sebak, aku fikir kita semua pun begitu...syukur alhamdulillah. Moralnya di sini, kenapa si bapa lambat sangat nak mengambil atau menunggu isteri dan anaknya? Siibu, dukunglah sianak kecil itu, orang tua tu pun satu hal, buat dok. Semuanya adalah gerak geri tuhan belaka. Bagaimana kalau kami berdua tidak ada ketika itu? Hanya Allah yang tahu. Pada saat aku dan Zaidey beredar meninggalkan siibu bersama anaknya, kelibat bapanya masih belum kelihatan. Aku tak tahu apa yang berlaku seterusnya...
(Ketika ini aku sudah pun berada di Kota Bharu, aku bertolak dari Seremban jam 1.00 tgh sampai di rumah pukul 2.00 pagi, sekarang jam 3.30pagi, Aku tidak dapat nak pejamkan mata bila terkenangkan peristiwa itu...)

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template