Sabtu, 26 Disember 2009

Berderat

'Derat'- Kamus Dewan mengatakan berjalan dengan tiada tentu tujuan atau merayau-rayau.
Mak aku cakap 'derat' ni macam makan angin, contohnya " Sudin, tak derat ke cuti sekolah ni"? Maksudnya tak makan angin ke? Apapun ikut tujuan kitalah kalu nak kata makan angin pun boleh, melancong boleh ataupun 'jale'.
Mulanya aku derat ni dalam tahun 1982 iaitu ke Bangkok dan Kon Kaen (utara Thailand ).Paspot ketika tu baru RM30 je. Tambang keretapi, naik di Tanjong Mas (Narathiwat) RM18 sampai Bangkok ( Tiada photo nak ditunjukkan ). Kali kedua tahun 2000 (tiada photo), kali ketiga 2001 dan kali keempat tahun 2006.
Kali ke-3(2001) aku pergi bersama rombongan PERKIM kerana nak bagi bantuan Quran, pakaian, buku-buku dan juga pakaian kat Kemboja. Yang aku ingat masa sampai di Bangkok kita terus naik keretapi ke sempadan Kemboja iaitu Arankphratet dan bermalam di sini. Esok masuk sempadan Kemboja melalui Poi Pet.

Ini sempadan Arank (Thailand) dengan Poi Pet ( Kemboja). Besar juga bandar sempadan ni. Rupa-rupanya bangunan batu yang besar itu adalah Kasino, di Thailand tiada Kasino jadi di sinilah tempat dia orang berjudi. Genting macamana?



Berjeket. Sejuk kerana taufan yang melanda Vietnam tempias ke Kemboja. Nampak ukiran pintu gerbang macam ukiran Angkor Wat.












Baru nampak suasana Kemboja, ketinggalan 20 tahun dibelakang kita.




Perkampungan orang Melayu di Battambang. Lihat rumah mereka.




Berlatar belakang sebuah masjid dimana menaranya runtuh kesan bom oleh kekejaman rejim Pol Pot.

Pemandangan Bandar Battambang dari Hotel Te O.




Bergambar depan Hotel Te O. Sempat bersahur dan bertarawih kerana kita menyambut puasa di sini.
















Hotel di Bangkok.





Bergambar di stesyen radio persendirian Islam Bangkok

Tiada ulasan:

 

Tembok Besar

2006

Senarai Blog Saya

nidus2 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template