Battambang sebuah bandar kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar di Malaysia adalah 20 tahun kebelakang. Misi ketika itu adalah untuk mengagihkan alQuran , pakaian dan sedikit wang sumbangan dermawan dan juga organisasi kepada penduduk miskin di sana.
Perancangan ketika itu berkebetulan menyambut Ramadhan. Jadi kena bersahur di hotel. Persiapan menyambut Ramadhan dimulakan dengan sembahyang tarawih yang dilakukan di Lobi hotel . Ini kerana rombongan kita seramai 10 orang tak muat untuk solat dalam bilik hotel. Walau pun nampak janggal matlamat kita tercapai.
Makanan bersahur disediakan oleh penduduk kampung yang dihantar ke hotel.
Ada satu kenangan yang menarik di sini iaitu lebih kurang pukul 4.00 pagi aku dikejutkan oleh bunyi bising yang datang dari sebelah pagar hotel. Bising yang teramat. Apa kerja dia orang ni memekak pagi buta ni.
Laaa.....bunyi muzik keagamaan dari kuil . Mungkin kejutkan orang ramai untuk sembahyang. Dah tak boleh tido....bunyi yang berterusan hingga ke pagi. Tak ada pun yang komplain macam di Pulau Pinang.
Pintu masuk ke Battambang melalui Arangprathet di Thailand dan Poi Pet di Kemboja.
Depan hotel di Battambang
Perkampungan di Battambang
Bersambung......
5 ulasan:
SALAM,
TAK PERNAH KAT SINI ! TERUSKAN AMAL YG BAIK TU !
Wah, tahun bila Pak Nidus ke sana tu?
Salam Dato' dan Hairil,
Ke sana tahun 2001 bersama member dari PERKIM cawangan Kelantan.
Salam Ramadhan al-mubarak. Usaha yang baik semoga mendapat balasan pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t jua.
wahhh...kalau kita leh gi sama2 kan best....kan...kan
Catat Ulasan