2 1
Ini bukan keputusan Piala Liga atau Piala Malaysia. Orang Kedah janganlah pulak berkecil hati dengan keputusan 2-1 ni. Mereka patut berbangga dengan keputusan ini. Warna pun dah sama merah. Semerah hati.
Esok Pak Nidus akan ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan di antara anak sepupu dengan orang Jitra. Ini merupakan kali ketiga Pak Nidus mengeratkan talian kasih antara 2 negeri. Sebelum ini dah dua adik Pak Nidus berkahwin dengan orang Kedah.
Jodoh pertemuan, Tuhan tentukan.
Tidak ada soal batas kenegerian atau pun orang luar dalam kamus bertemu jodoh ini. Kita terimalah dengan penuh keredhaan dan bersyukur kepadaNya.
Hmm...maksud 2 tu ialah adik Pak Nidus lelaki dan 1 itu anak sepupu perempuan yang berjaya ditawan oleh jejaka Kedah. Kan betul begitu.
Sesiapa yang pernah mengikat tali silaturrahim dengan orang Kedah, sila angkat tangan.
8 ulasan:
kemana habis orang kelantan pak nidus? orang kelantan takde ke yang hensem2 atau yg cantik2?
1MALAYSIA yg penting berkekalan kan Pak....
Emat tak nak kawin dengan orang Kedah kah? Bukankah jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Astina,
BETUL! Malaysia boleh.
eratkan sillaturrahimmm...org mana mana pun boleh kan Pak?
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan... ^_^
Tidak ada soal batas kenegerian atau pun orang luar dalam kamus bertemu jodoh ini. Kita terimalah dengan penuh keredhaan dan bersyukur kepadaNya.
Markah penuh PakNidus!!!!
Emm...mmg musim kenduri kawen la skrg ni dan jodoh pertemuan tu mmg tak kenal sempadan.
Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua :)
Catat Ulasan