Kita manusia pun adakalanya macam ia juga, ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Aku minta maaflah ya kereta.
Kereta ni semalam buat onar, water pump bocor. Nasib baik mekaniknya adik sendiri, dapat diselesaikan segera. Alang-alang dah masuk bengkel semua kerosakan yang kecil2 juga dibaiki. Dari water pump ke tukar minyak enjin, minyak auto dan filter, brake dan juga bering.
Terkejut juga tengok bilnya. Mahu juga dekat 1K.
Boleh bagi tabik spring kat pomen ni. Tak pernah tengok bagaimana cara mengisi semula air ke dalam radiator. Cara mudah katanya nak tahu cylinder head ‘nyetok’ atau tidak.
Kerja tanpa henti dari petang hingga tengah malam
Macam aku pulak pomen….heee3.
Dah pukul 1.00 pagi. Aku balik dululah pomen. Esok kita selesaikan semua.
"Opp...tunggu dulu. Esok kena tukar keempat2 tayar ni, semuanya dah hampir botak".....toing!
8 ulasan:
Mesti nak kenen-kenen duit kita ni...
alaa..senang jer..
cari yg baru
Makcu B,
Siapalah aAku Tanpa Dirimu......
Ikan Emas,
Nak tukar kunci je...hee3.
Sungguh banyak jasanya...
Namun setiap perkara yang datang pasti akan ada penghujungnya... hu3
Salam anakanda,
Betul tu, macam ayahanda ni pun dah di penghujung rindu....
Maintenance mmg tk bleh nak elak kan Pak Nidus.
Takpe...ada rezeki lebih boleh la cari yg baru nnti :)
Aik! lama tak tengok dah berwajah baru...bertambahlah manchonya, ye Hairil.
Bilalah agaknya dapat beli yang baru..
Catat Ulasan