Yang paling suka ialah Makcu. Katanya inilah peluang dapat bersama dengan Pak Nidus lebih sikit.
Buang tebiat agaknya, sebelum ni tak gitu. Mungkin ada udang sebalik kulat.
Rupa-rupanya betul. Semasa nak bersih longkang kat belakang rumah Pak Nidus nampak benda ni. Eh...10 batang. Ini dah cukup. Rezeki katakan. Kulat tumbuh selepas hujan.
Inilah kulat yang paling besar dan panjang
Kulat sedang dibersihkan....
tolong menolong amalan mulia.
Apalagi..jom ke pasar beli udang. Kita goreng kulat campur udang. Wooow.
Goreng Makcu...barulah adik kasih, abang sayang.
Siap.
16 ulasan:
Alamak sedapnya itu!!!
Haaa3.....Datanglah ke rumah. Tapi kulat dah habis...
Bukan semua kan kulat leh makan?..cam ner nak tau..takut mati lak kang....ha..haa2
topi mat akih...
comelnye kulatt u...tanam ke dia boleh tumbih sndiri..?
Wahh...
nampak sedap
tapi saya makan udang jeklah
sbb tak pandai makan kulat . hehe
Abahk_izz,
Haaa3....susah nak jawab. yang Pak Nidus tahu kulat tahi anjing, kulat malam tak boleh makan....entahlah. Yang dijual di pasar boleh dimakan.....OK.
Dol,
Yeh kata topi kominis....
Marinahunny,
Kepalanya cantik.....kulat ni tumbuh sendiri tapi kat Gong Badak tak tumbuh sebab berpasir....heeee3.
Linda,
Orang ppuan tak pandai makan kulat?....haaa3.
Selalu juga makan kulat ini, bonda di rumah selalunya buat sup je. Hiris kecil-kecil.
Tapi saya hanya makan sikit sebab adik-adik suka sangat makan, bagi mereka jelah makan, abang biarlah mengalah.
Kulat yang selalunya dijumpai di rumah saya kecil-kecil sahaja. Lihat gambar yang Ayahanda Nidus letak, puas makan nampaknya keluarga Ayahanda Nidus. ^^
Baguslah tu jadi abang mithali.
Mungkin kulat anakanda Jamal tu kulit sisir atau jenis yang lain.
Ayahanda belum pernah makan sup kulat. Kalau sampai kat Perak nanti, ayahanda akan cari sup ni.
Memanglah puas makan kerana ayahanda tinggal bertiga jer.
oooo..boleh dimakan rupa2nya..
Sally,
PaK Nidus pernah makan masakan Sally....sedap.
Masih teringat masakan rendang (betul ke?) kat Pulai Perhentian dulu.
salam
buat sup pun ok
buat tumis pun ok
lapar jadinya..
Catat Ulasan