Sekilas ikan di air dah tahu jantan betina
Selepas Raya cuti panjang pun bermula. Kira-kira dah hilang pening dan mabuk daging, begitu juga penat sebagai tukang cuci tetapi ada lagi satu kerja mencuci...cuci kolam ikan. Ikan pun mahu beraya kot...memang pun patut dibersihkan, kalau nak dikira 3 kali raya air belum ditukar dan kolam tidak dicuci. Mungkin juga ikan ni tahu yang tuannya mencuci benda lain boleh, cuci kolam tak boleh.
OKlah....kita cuci kolam..Jom.
Ikan-ikan perlu dipindahkan dulu sementara kolam dibersihkan. Kalau tak berhati-hati ada nanti ikan yang mati dek kekurangan oksigen dan sebagainya.
15 ulasan:
molek bela ikan ni..tenang tgk...lawanya kolam umah pok nidus..mesti umah lawa jugak ni..
Sarah,
Nak jadi ikan ko?
Lamo benar tak maghi sini....maghi Pintu Geng bulih tengok umah Pak Nidus...
Mari mencuci kolam ikan pula... ^^
Oh, romantikanya hubungan Ayahanda Nidus dengan Mak Cu. Subbahanallah...
Jika Shah Jehan menghadiahkan Taj Mahal kepada isterinya, Ayahanda Nidus dedikasikan sebuah kolam indah buat kekasih hati, kagum sungguh saya di sini.
Moga hubungan Ayahanda Nidus dengan Mak Cu kekal ke syurga, Amin... ^^
p/s: Tersenyum lebar saya di sini membaca...
cantik kolam pak nidus. melor pun suka bela ikan gak. melor bela ikan kaloi tapi kat dlm akuarium kecik je
Wah, bersihkan kolam ikan!
Dulu..lama dulu rumah saya pun ada kolam ikan. Bersihkan kolam itu...antara keje yang saya suka.
Sebab?
Boleh main dgn ikan!
:)
Anakanda Jamal,
Terima kasih atas pujian tu..
Makcu memang begitu, ada saja kerja yang hendak disuruh buat. Mentang2lah ayahanda ni Cikgu tukang.
Bagaimana dengan exam?
Melor,
Terima kasih.
Pak Nidus memang suka ikan dan juga kecantikan semulajadi. Jiwa seni agaknya...hee3.
Hairil yang setia,
Tak geli ke main dengan ikan?
Makan 'ikan darat' boleh?
Tak geli Pak Nidus..cuma kekadang tu ngeri sket dgn ikan yang aktif sangat.
Makan ikan darat? Boleh je...saya penah makan ikan haruan, sepat, lampam, keli, jelawat dan patin.
Sedaap!
Kepada Ayahanda Nidus:
Exam... Setakat ini alhamdulillah, tinggal lagi dua kertas... ^^
aik?? bilo pulok ambo ado adik tino?? haha
Cantiknya kolam ikan Pak Nidus.. rasa macam kakcik nak tumpang berenang. :)
Hairil,
Betul ke ni boleh makan ikan darat ...tahan ke rasa hanyir tu..
Anakanda Jamal,
Insyaallah berjaya seperti yang dihajati.
Anakanda Abdul Ngah tak tahulah macamana...
Abdul Ngah,
Bilalah Mama nak......(tak boleh sebut nanti dia marah)
Kakcik,
Kalau boleh masuk@muat, silakanlah...heee3. Jangan marah, gurau je tu.
come rumah kito lagi la pok nidus!
Meme come umoh EA sbb Azmi pitih banyok.
Catat Ulasan