Sempena Ekspo Cheng Ho di Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang sedang berlangsung sekarang, Pak Nidus yang kebetulan ada kerja di Kota Bharu sempatlah jenguk sekadar memeriahkan suasana.
Sebenarnya banyak faedah yang boleh kita dapat dari ekspo ini. Pak Nidus akan ceritakan dilain masa jika ada kesempatan berbuat demikian. Rasanya kena pergi sekali lagi untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada tentang Laksamana Cheng Ho yang merupakan pelayar Islam pertama yang mengelilingi dunia.
Masa berjalan ke ekspo tu terdengar macam orang ‘jual ubat’. Bila tengok rupa-rupanya orang ini lama betul Pak Nidus tak dengar dia bermain alat muzik istimewa dan juga nyanyiannya.
Entry kali ini Pak Nidus nak kongsi bersama tentang seorang manusia istimewa yang dikurniakan Allah kelebihan pada dirinya.
Pak Nidus sempat rakamkan aksi beliau bermain alat-alat muzik ciptaannya dan nyanyian lagu alabaladi.
Lagu Alabaladi yang dipopularkan oleh beliau semenjak tahun 70an lagi.
7 ulasan:
Merdunya dendangan...
Gemersik buana jadinya...
Mahu berpusing-pusing laksana darwisy Rumi jadinya... ^^
Salam anakanda Jamal,
Ayahanda Nidus akan ke Tronoh besok untuk mengambil anakanda Azri@Abdul Ngah.
Kalau nak berjumpa dengan ayahanda bolehlah ke V3 Blok A S6. Insyaallah.
Oh, rupanya sang hero Ayahanda Nidus duduk di blok yang sama dengan saya... Tak sangka!
Saya duduk di V3A-T3-05, tingkat atas sekali...
Kalau diiizinkan Tuhan mahu berjumpa dengan Ayahanda Nidus tapi malu pula rasanya. Yalah, saya ini malu-malu sikit, pendiam dan tak banyak cakap.
Lagipun esok saya ada kertas terakhir, 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Walaupun jika ditakdirkan insyaAllah kita pasti bertemu. ^_^
Insyaallah kita jumpa. Tenangkan fikiran untuk paper esok.
Ayahanda tahu subjek engineering memang berat.
Cuba2lah bertanya Mohd Azri Syazwi...dia dah habis exam.
InsyaAllah, anak teruna Ayahanda Nidus ini dalam Kejuruteraan Sivil bukan?
Rasanya saya kenal-kenal muka, mungkin tak berapa rapat sangat...
Kami satu 'batch'.
Mungkin Ayahanda Nidus boleh tanya dia, apakah kenal akan Mohd Zulkefli atau Zul, Kejuruteraan Kimia, Tahun Kedua Semester Pertama. Inilah nama sebenar saya... ^^
Mungkin dia kenal, insyaAllah...
Terima kasih atas nasihat Ayahanda Nidus, dan berhati-hati dalam perjalanan esok, jauh tu Kelantan ke Perak, dapatkan rehat yang cukup... ^^
Alabaladi..lama tak dgr. Dia di Kelantan skrg ya?
Ibnu Jamaluddin: Ini la peluang jumpa Pak Nidus. Bukan senang nak dapat peluang ni. Jgn lepaskan :)
Hairil,
Penat memandu, sampai Hotel terus tertidur....alhamdulillah, semuanya OK.
Catat Ulasan